Thursday, June 15, 2006

Episod Tiga

Episod tiga
Penulis: Fansuri


Najwa bersama lelaki yang aku tidak dikenali itu semakin menghampiri aku. Memang boleh tahan ensem juga lah lelaki tu . Gaya macam James Bond ajer .Kalau mereka berpakwe makwe pun orang tak kan kutuk .Memang padan mereka berdua. Berjalan seiringan tapi tak berpegang tangan lah.. Time tu rasa macam nak belah ajer dan cancel dating hari ni . Kalau dah bawa pak we tak kan aku nak ajak Najwa tengok wayang . Tak best pulak nanti . Tapi kalu cancel rasa tak macho dan tak tenang macam James Bond pula. Apapun sebagai hero aku mesti berhadapan dengan situasi ini . Jangan mengalah . Aku pun ensem juga kalau pakai macam lelaki tu .

‘ Assalamualaikum Mohammad Haikal , dah lama tunggu ker ?” Najwa menegur aku .
Bila sahaja dengan suara Najwa kemarahan yang sehebat gunung berapi nak meleup tadi umpama api dicurah air terus padam .

“ Tak lama sangat baru 15 minit ajer ‘ Aku membalas ringkas dan mata aku memadang kepada jejaka yang dibawa oleh Najwa .

“Op lupa nak perkenalkan pada Mat . Ni Hamzah kawan sepejabat Najwa. “ Najwa memperkenalkan mamak yang dia bawa. Aku menghulurkan tangan dan bersalam dengan Hamzah . Sambil bersalam sempat juga aku memberi sedikit senyuman kepada Hamzah .Dia pun membalas separuh senyuman kat aku.

“ Apa citer Najwa nak jumpa Mat ni . Ada urusan penting ker?” Aku memulakan perbualan. Lelaki kat sebelah Najwa tu duk sengih ajer .Ingat macho sangat lah macam tu .Kutuk aku pada lelaki yang Najwa bawa. Tapi dalam hati aje lah . Kalau dia dengar aku kutuk confirm kena penumbuk muka aku hari ni .

“ Macam ni Mat , syarikat Najwa bekerja akan megadakan satu pameran . So Najaw nak minta Mat design poster untuk pameran tersebut . No hal ni bukan kerja free bayaran akan kita bincangkan selepas ni” Aku hanya meangangguk .

“ Hamzah ni pegawai pemasaran di tempat Najwa bekerja . Dia akan berbincang dengan Mat contain yang perlu ada pada poster tersebut .’ Sambung Najwa dengan ringkas

Aku mengangguk sekali lagi. Kali ni senyum aku banyak sket dripada tadi pada Hamzah .Lega sket aku dengar bahawa Hamzah ni rakan sepejabatnya. Tapi tak mustahil rakan sepejabat boleh jadi awek pakwe sepejabat . Tapi semasa Najwa perkenalkan Hamzah pada aku tidak pula diceritakan bahawa Hamzah ni pak we dia . Lebih kurang 2 sejam aku dengan Hamzah berbincang tentang contain dan bentuk design yang aku akan hasilkan. Peramah juga hamzah orangnya. Banyak hamzah menerima buah fikiran aku tentang bentuk design yang dihasilkan . Kami minum bersama di foodcourt di KLCC. Mahu sahaja aku bertanya hubungan Najwa dengan Hamzah ni .Bukan main mesra lagi Hamzah dengan Najwa. …Najwa pun sama mesra nampak dengan Hamzah ni .Belum habis Hamzah buat lawak dia dah gelak . Rasa tak senang aku melihat Najwa semesra itu dengan Hamzah . Selepas berbincang mengenai projek yang akan Najwa bagi pada aku terus aku meminta izin dengan Najwa untuk balik dengan alas an sudah berjanji dengan Ram untuk dinner bersama .

“ Eh betul ker Mat nak balik ni . Tak nak dinner dengan kita orang ker. Najwa dengan Hamzah nak dinner kat restoren tom yam yang paling best kat ampang ni” Najwa mengajak aku dinner bersama sebelum aku mengundur diri.

“ Maaf bebanyaklah Cik Najwa , saya dah janji dengan housemate saya nak dinner bersama , lain kali okey lah “ Jawab aku sambil berseloroh memangggil Najwa dengan nama Cik Najwa .

‘Kalau begitu taka pa lah Encik Haikal kita jumpa lain kali k “Jawab Najwa ringkas.

Aku pun meninggalkan Najwa selepas mengucapkan terima kasih kepada aku kerana memberi kepercayaan untuk membuat poster untuk syariktanya . Dalam kepala bukan main tension terkenang gelagak Najwa yang mesra dengan Hamzah . Apa hubungan mereka aku pun tak tahu . Nampak gaya bukan macam kawan biasa. Mengikut pentafsiran aku gaya perhubungan mereka sudah luar biasa . Tetiba aku rasa jelous apa cerita ni . Mungkin masih ada rasa sayang aku pada Najwa . Kisah lama berulang kembali.


Sesampai dirumah rasa letih pula. Dan yang penting rasa lapar perut aku . Tadi masa Najwa ajak makan bersama bukan main control macho kata nak makan dengan housemate . Aku nak makan dengan Ram . Jangan haraplah dia ada masa . Ram biasanya dah ada jadual makan malam dengan awek-aweknya. Maklumlah awek tiga orang mesti bahagi kasih seadilnya. Selepas mandi dan solat Isyak aku pergi ke kedai mamak dekat rumah sewa aku. Nak makan nasi tak ada selera. Aku hanya makan roti canai sahaja . Mungkin mod makan aku berkurang sebab jumpa dengan Najwa . Mesti Najwa dengan Hamzah tengah berseronok dan menikmati Tom Yam . Mungkin juga Najwa bergumbira dan ketawa kegirangan makan malam bersama Hamzah tu . Mungkin juga Najwa dan Hamzah makan bersuap. Oh tidak . Aku tidak akan merelakan perkara sedemikian terjadi.
Mestikah aku menelefon Najwa untuk mendapat kepastian apa yang mereka buat sekarang . Tetapi buat apa aku lebih-lebih pula , secara logiknya Najwa bukan awek aku dan aku bukan pakwe Najwa. Nanti dia kata aku busy body pulak . Susahnya bermain perasan macam ni . Confirm tidur aku tidak lena selagi aku tidak menelefon Najwa ni .
Aku mesti telefon Najwa. Aku mesti .

“ Helo …” Em lambatnya Najwa jawab panggilan aku ni .

--bersambung--