Friday, June 16, 2006

Episod Kelima

Episod Kelima
Penulis: Fansuri


Pertemuan aku dengan Najwa setelah sekian lama tidak berjumpa semacam adengan cerita Hindustan sahaja. Hari tu semasa aku balik kampung . Aku terpaksa naik bas tambahan di Kota bharu kerana bas biasa telah habis. Masa itu lah aku berjumpa dengan Najwa . Macam tak percaya sahaja. Gembira pun ada. Kelam kabut pun ada dan semestinya perasaan tidak menentu . Najwa memang cantik seperti dulu dan bertambah cute . Berdebar kencang jantung aku bila terpandang Najwa . Bertambah cute Najwa kelihatan dengan memakai skirt merah dan baju putih dan bertudung merah. Memang Najwa sudah banyak berubah . Aku hanya sempat mengenal seorang Najwa yang selalu memakai baju kurung dan tudung agak labuh. Sekarang dia sudah pandai berfesyen.

“Awak Mohamad Haikal kan ? “ Tegur Najwa dengan wajah yang terkejut
“ Saya lah sapa lagi , awak tegur saya macam lama sangat tak jumpa ‘ Jawab aku selamba. Walaupun selamba tapi jantung aku masa tu memang berdegup kencang daripada biasa.

“ Saya rasa sudah 4 tahun saya tak jumpa awak. Lama tau empat tahun tu “ Jawab Najwa.
“ Saya dengar cerita awak dah berkahwin , mana suaminya “ Aku bergurau dengan Najwa sambil meneka mana tahu betul tekaan aku dia sudah bersuami .

“ Suami saya kerja out station So tak sempatlah dia hantar saya malam ni “ Jawab Najwa dengan muka yakin.
Aku senyap seketika tak sangka pula Najwa sudah berkawin. Kalau berkawin pun logik juga umur sudah masuk 24 tahun memang masa sesuai untuk perempuan berkahwin .

‘ Awak naik bas mana ? Tanya kau pada Najwa untuk mengalih topic perbualan .
“ Saya naik bas nombor 21. awak pulak ‘ Tanya Najwa balik pada aku
‘ Samalah , boleh kita duduk kerusi sebelah, bas tambahan tak ada nombor tempat duduk siapa cepat dia dapat “ Jawab aku dan memberi cadangan pada Najwa untuk duduk sebelah dia ..

“ No hal , saya tak kisah, awek awak tak marah ker saya duduk sebelah awak ?” balas Najwa

“ Awek saya duduk Kuala Lumpur , manalah dia nampak haha “ Jawab aku balik

Lama juga aku berborak dengan Najwa . Aku tidur kejap ajer dalam bas kerana duk layan cerita Najwa . Habis Najwa buat imbasan zaman sekolah dulu . Seronok juga bercerita zaman sekolah . Tapi kami kita bercakap pun hal peribadi . Entah kenapa pun aku tak tahu . Bukan apa, Najwa sudah berkawin rasa tak seronok pula aku nak bercakap hal peribadi dengan Najwa. Paling buat aku bahagia Najwa tertidur atas bahu aku. Tersenyum aku seorang diri . Aku pun tak sedar dia tidur atas bahu aku sesampai di perhentian Putra Kuala Lumpur. Terkejut aku tengok dia tidur atas aku.

Selepas pertemuan aku malam tersebut aku selalu mesej dia dan kami selalu chat sms. Sehinggalah aku mengajak dia dating .Terkejut juga aku mendapat sms malam tu yang suami Najwa sudah tiada .