Saturday, June 17, 2006

Episod ke tujuh

Episod Ke tujuh
Penulis: Fansuri


“ Encik, tadi encik lupa nak ambil wang baki, ni saya bawa baki sebanyak Rm 50.90 “ Kata Nurul pada aku . Macam mana aku boleh terlupa nak ambil wang baki tadi . Nurul menghulurkan duit tu pada aku . Mungkin dia ikut aku daripada tadi lagi sampai surau lelaki . Aku nak cepat tadi sebab lupa nak solat zohor .

“ Eh , terlupa pula saya nak ambil baki tadi , maklumlah duit banyak sangat” Jawab aku pada Nurul sambul bergurau .
“ Kalau saya tahu macam tu saya tak bagi kat Encik ‘ Jawab Nurul balik
“ Awak dah habis kerja ke duk tunggu saya kat sini, nanti orang nak beli buku bayar kat siapa ?”

“ Saya dah habis kerja, orang lain pula ganti sekarang “ Jawab Nurul .

‘ Oh macam tu ceritanya , awak ada nak pegi mana-mana ke lepas ni , kalau tak pergi mana-mana boleh saya belanja awak dengan duit baki yang awak bagi ni “ Aku cuba nak belanja Nurul .Boleh aku berborak dan berkenalan dengan Nurul ni .
“ Kenapa senyap ni ? atau nak minta izin mak dulu ni ? “

“ Ok lah, saya sudi dibelanja oleh awak “ Jawab Nurul dengan separuh senyum . Walaupun separuh senyum namun senyuman dia sungguh menawan . Cantik umpama bulan purnama penuh 14 haribulan .

Lama juga sesi perkenalan sambil makan aku dengan Nurul . Lebih kurang 2 jam juga. Betul kata pepatah orang tua tak kenal maka tak cinta . Nurul bukan budak sombong yang seperti aku sangka dan tak pandai bercakap selain “ Terima kasih Encik sila datang lagi “
Rupa-rupanya Nurul boleh bercakap banyak lagi perkataan . Boleh dikatogeri peramah jugalah . Paling aku suka Nurul bila dia panggil aku abang. Maklumlah umur aku lebih tua daripada dia . part time sahaja . Kali pertama aku jadi hero dalam hidup Nurul dengan membaiki komputer ribanya yang rosak .Bukan rosak banyak sangat hanya terkena serangan virus sahaja . Apalagi ,terpaksalah dia belanja aku .

“ Awal kau balik Mat hari ni tak pergi dating dengan Nurul ker” Tegur Ram sesampai sahaja aku balik rumah
“ Nurul ada hal sikit , aku pun letih sikit hari ni kerja banyak kat ofis tadi, hari ni kira nak berehat sikit” Jawab aku pada Ram . Sebenarnya elok juga Nurul cancel nak jumpa aku hari ni . Boleh aku berehat .

“ Mat aku tengok kau dengan Nurul bukan main lagi , ? Ram cuba mencungkil rahsia yang bukan rahsia.

“ Eh apa yang pelik hubungan aku dengan Nurulnya..aku hanya kawan biasa dengan dia “ Jawab aku .

“ Rugi Mat kalau kau kawan biasa sahaja dengan Nurul tu . Kalu aku confirm dah buat awek . Aku pun tak tahu apa yang kurang dengan budak tu kalau nak di bandingkan dengan Najwa lawa Nurul lagi aku rasa. Buat apa kau kejar Najwa tu .” Ram nampak nak memulakan ceramah dan nak berfalsampah .

“ Em tak pe lah esok aku pergi meminang Nurul harap kau hadir samalah . haha” Jawab aku ringkas dan masuk kebilik kerana badan aku terasa letih sangat . Nak tidur mata aku tak lena. So baik aku baring sambil membaca buku.

Betul juga apa yang Ram kata. Buat apa aku kejar Najwa sedangkan aku sendiri pun sudah tahu Najwa hanya anggap aku kawan biasa sahaja . Susah betul nak faham perasaan ni walaupun perasaan sendiri . Nak faham perasaan orang lain lagi susah. Mungkin disebabkan kerana cinta. Bak kata orang keikhlasan bercinta tidak mengharapkan apa-apa dan hanya mahu melihat orang yang dicinta bahagia. Ayat ni pun aku dapat daripada Ram . Tetiba handset aku berbunyi menandakan ada mesej baru yang masuk

“ Najwa sayang Mat ,. Najwa nak jumpa Mat sekarang juga . Ada hal penting nak dibincangkan …”

Eh betul ker Najwa ni kirim mesej kat aku ni . Nak kata dia tersalah kirim mesej ada nama aku. Setahu aku Mat hanya aku sahaja kawan Najwa . Apapan aku mesti call Najwa untuk mendapat kepastian . Mungkin benih cinta yang aku tanam selama ni mula bercambah …. Najwa mengapa lambat sangat kau meluakan perasaanmu kepadaku..

-----bersambung---