Thursday, June 29, 2006

Episod ke Lapan

Episod Ke lapan
Penulis: Fansuri


Rasa macam tidak percaya sahaja mendapat mesej daripada Najwa macam tu . Bukan apa , Najwa memang suka bergurau . Tapi mengapa pula dia nak jumpa aku segera pula. Kalau rindu atau sayang pada aku esok pun boleh jumpa . Aku tidak kemana pun. Aku bukan kerja outstation balik dua tiga bulan sekali . Esok atau lusa dia boleh jumpa aku lepas time kerja. Nampak gayanya ,mesej yang aku terima tadi bukan gurauan . Itula kesimpulan yang aku buat setelah membaca mesej Najwa yang ringkas itu beberapa kali . Baru sahaja aku nak berehat tetiba pula mendapat mesej macam ni . Kalau mesej daripada orang lain aku buat tak tahu sahaja ataupun anggap aku tidak membaca mesej itu . Tetapi mesej daripada Najwa apakandaya. Perasaan sayang dan cinta aku padanya masih subur dan kian subur semenjak dua menjak ini .

“ Betul ke Najwa nak jumpa Mat ni . Mat akan datang secepat mungkin , Tunggu kat kedai Mamak dekat stesen LRT putra Dang Wangi . Aku membalas mesej kepada Najwa. Hajat hati aku nak telefon sahaja pada Najwa ,tetapi memandangkan kredit telefon tidak mencukupi . jadi terpaksalah aku mesej sahaja . Dalam kepala aku pelbagai anggapan telah aku buat . Aku terus naik motor dan pergi ke kedai mamak tempat aku berjanji dengan Najwa. Najwa tidak sampai lagi. Aku menjadi semakin gelisah. Nak duduk pun tak senang.

“ Bagi saya teh ais satu “ Aku membuat pesanan pada mamak yang mengambil order . Tak sedap juga duduk kedai mamak meja kosong tanpa minuman atau makanan. Kedai mamak ni memang tempat aku lepak malam-malam sambil tengok televisyen kalau aku makan kat luar terutama makan malam . Teh tarik kat kedai mamak ni pun memang best .

‘ Eh mana Najwa ni , tadi bukan main lagi nak jumpa aku . Kalau boleh nak suruh aku terbang datang jumpa dia. Tapi dia pula yang lewat .” Desis hati aku .Memang tak seronok tunggu lama-lama ni . Kalau setakat menunggu sahaja tidak apa tapi aku menuggu dengan seribu persoalan di kepala aku . Aku semakin gelisah dan gelisah . Aku membaca mesej yang di hantar oleh Najwa tadi untuk memastikan aku tidak silap. Najwa pun telah membalas mesej aku hantar tadi dan bersetuju untuk berjumpa aku di kedai mamak ini .

Setelah hampir satu jam aku menunggu Njawa di kedai mamak itu barulah aku nampak Najwa datang dengan kereta kancil bewarna merah . Aku lihat muka Najwa kemerahan dan matanya seperi baru lepas menangis .

‘ Ni mesti ada masalah ‘ bisik hatiku . Tadi memang aku rasa nak marah sangat kerana membuat aku menunggu lama tetapi selepas melihat wajah Najwa yang tidak ceria dan seperti baru lepas menangis membuat aku kasihan pula dengan Najwa . Aku mesti menunjukkan muka tenang aku.

“ Najwa minta maaf kerana buat Mat menunggu “ Najwa memulakan perbualan dengan meminta maaf kerana kelewatanya .

‘ Bukan lama sangat pun Mat tunggu Najwa baru kejap sahaja “ Aku cuba menunjukkan gaya tenang dan gaya lelaki macho yang tak berapa ensem .

“ Najwa ada perkara penting yang nak dibincangkan dengan mat ni “ kata Najwa pada aku .
“ Apa dia Najwa , Mat sedia membantu Najwa semampu mungkin” Jawab aku ringkas .

Aku mempelawa Najwa minum teh ais dulu sebelum memulkan perbualan seterusnya. Dan Najwa memulakan ceritanya…

Bersambung –