Tuesday, August 01, 2006

Episod ke Empat Belas

Episod Ke 14
Penulis Fansuri.
“Tak sangka pula Mat ni pandai menulis” kata Nurul pada aku sambil dia menunjukkan sebuah buku koleksi puisi remaja yang baru diterbitkan berjudul “ Sang Pencinta”

“ Ala tak pandai sangat pun , sikit-sikit sahaja, sambil isi masa lapang , manalah Mat pandai menulis.’ Jawab aku pada Nurul dalam nada merendah diri .Memang diri aku rendah dalam bidang penulisan bak kata orang baru nak bermula sahaja. Lagipun aku tidak mendapat pembelajaran yang formal dalam bidang penulisan.

‘ Em macam mana pula Nurul tahu Mat guna nama Kelana Sepi tu. Malulah Mat nanti Nurul kata Mat ni jenis jiwang pula, sedangkan Mat ni rock tau “ Tanya aku pada Nurul hairan pula dia tahu bagaimana aku ada menulis puisi dalam buku “Sang Pencinta’ buku yang menghimpunkan sajak-sajak cinta penyajak remaja. Sajak-sajak tu sebenarnya telah tersiar dalam majalah Dewan Penulisan. Tak sangka pula terpilih untuk menjadi koleksi dalam bulu ‘ Sang Pencinta”.


‘ Ala apa yang pelik sangatnya , pada helaian belakang buku ni ada biodata penulis dan gambar sekali. Tapi gambar Mat dalam buku ni rambut pendeklah . cute pula. “ Jawab Nurul balik.

‘ Patutlah Nurul tahu Mat ingat Nurul teka sahaja , bak kata orang sudah terang lagi bersuluhlah, dah ada gambar dan biodata sekali “ Balas aku pada Nurul.

Sajak-sajak jiwang dan luahan perasaan cinta dalam buku tu aku tuju untuk Najwa. Banyak juga sajak yang aku buat mengenai cinta tidak kesampaian . Kekadang aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa Najwa, insan yang aku puja dan cinta , tiba-tiba memberitahu dia sudah bertunang dengan Cikgu Iskandar. Sedih , pilu dan terluka hati ini bagai dihiris sembilu bisa. Aku menulis sajak itu semata-mata untuk meluahkan perasaan aku pada Najwa. Tapi aku tak pernah pun memberitahu Najwa aku ada menulis sajak jwang pada dia. Lagi pun Najwa bukan ada jiwa seni sangat nak baca sajak ni .

Pahatan nokhtah cinta
( Dedikasi Untuk Seseorang Yang Bernama Najwa)

Malam ini
berjalan jauh aku di setiap persinghan kenangan
Untuk aku renung kembali catatan cinta lama
dan Membaca semula setiap kenangan di setiap persinggahan
Ada sebuah persingahan yang tidak mungkin pudar catatannya
Terpahat di batu hati janji-janji sesetia adam dan hawa
dahulunya satu persinggahan yang terindah
Menghiasi setiap baris kata denngan keindahan merkar mawar

Dan , Di suatu sebuah pesingahan di hujung kenangan
Juga terpahat catatan yang terpahat di batu hati ini
Ketukan pahat kata yang tajam dan kuat
Telah menghancurkan hati ini sehebatnya
Untuk nokhtahkan satu perhubungan cinta.

Namun,
Masih Ku bawa cintamu di dalam bekas hatiku
Setiap kali bulan dan bentari berganti
Begitu resah aku menghindar bayangmu
Malam ini bulan datang lagi dan aku tak pernah mengerti
Mengapa tika waktu terus berjalan dan aku harus menungumu
Sedangkan cintaku telah kau pahat nokhtahnya di hatiku.


Oleh: Kelana Sepi
Kampung Bagan-Bawah
Pulai Chondong.

Sajak aku yang bertajuk ‘ Pahatan Nokthah Cinta” telah tersiar didalam majalah Dewan Penulisan pada suatu masa dahulu , aku pun tidak ingat bila sajak tu tersiar dan sekali lagi sajak tersebut terpilih dalam himpunan sajak cinta dalam buku “ Sang Pencinta”. Sajak itu memang aku cipta ketika aku sangat merindui Najwa sehingga kekadang aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa Najwa telah menjadi tunang orang . Betapa sedih dan luka hati aku hanya Tuhan sahaja yang tahu . Najwa entah apa kuasamu sehingga aku tidak dapat mengawal perasaan aku pasa suatu masa dahulu. Kenangan dan ingatanku padamu begitu kuat . Solah-olah baru semalam sahaja ia terjadi . Mungkin kerana aku selalu mengimbas kembali kenangan aku denganmu Najwa sambil baring sebelum tidur. Kesejukan ais kacang dikedai sebelah sekolah masih segar diingatan aku. Begitu juga dengan air cendol. Sedap sungguh. Aku pun tidak tahu mengapa insan yang bernama Najwa itu mampu membuat aku menjadi sang perindu tanpa sempadan . Bayangan Najwa sentiasa ada dimana-mana. Walaupun mahu dilupa tetapi ingatan dan rindu pada Najwa tetap hadir. Begitu indah sekali rasanya sekiranya Najwa di takdirkan menjadi isteri aku yang sah dan aku mendapat kasih sayang rasmi daripada Najwa dan aku memberi kasih sayang yang rasmi pasa Najwa.

‘ Mat , siapa Najwa tu , nampak begitu puitis sajak tu Mat cipta. Kalau Mat tidak merasa sendiri perasaan itu tidak mungkin Mat dapat menghasilkan sajak sehebat itu “ Puji Nurul sambil mahu mengetahui siapa Najwa.

Memang satu soalan yang mempunyai jawapan yang mudah tetapi sukar dijawab dan diterangkan .Mungkin aku tidak mahu Nurul mengetahui suatu masa dahulu aku pernah tergila-gilakan Najwa. Aku cuba control memek muka aku supaya Nurul tidak dapat mengesan aku menyembunyikan sesuatu.

‘ Nurul tak nak order air ke? Tak best kalau kita borak tanpa minum air “ aku cuba mengalih topik perbualan dengan Nurul. Aku sebenarnya malas nak bercerita lagi tentang Najwa pada Nurul. Apa yang pasti dan jelas sekarang aku solo.

“ Nurul, nak minum air apa ? “ Tanya aku pada Nurul
“ Air kopi ais” Nurul menjawab ringkas
‘ Eh Nurul tak takut kulit Nurul jadi gelap ke minum air kopi ni , nanti air kopi akan meresap ke dalam tubuh kita dan membuat kulit kita menjadi gelap ‘ Aku cuba buat lawak kat Nurul . Harap-harap dengan lawak tersebut Nurul tidak bertanya tentang Najwa lagi.

‘ Ada ke patut Mat , orang India , minum susu tiap-tipa hari tak putih pun kulit” Balas Nurul Balik.

‘ Najwa tu awek lama ke Mat ? ‘Nurul bertanya lagi . Lawak aku memang telah menjadi tadi tetapi tidak ada kuasa untuk mengelak pertanyaan Nurul tentang Najwa. Macam mana aku nak jawab pertanyaan Nurul tersebut. Sukar untuk mencerita kisah sebenar aku pada Nurul.

“ Najwa tu kawan biasa sahaja, kawan Mat semasa sekolah dulu” Jawab aku ringkas. Seolah-olah menokhtah jawapan aku tadi .

“Takkan kawan biasa sahaja, ala Mat ni kalau nak menipu pun biarlah professional sikit, Nurul bukan apa nak tahu ajer ,kadang-kadang seronok juga jadi busy body ni” Jawab Nurul. Memang susah untuk menjawab soalan Nurul tu. Masakan mungkin sajak yag begitu jiwang ditulis untuk sahabat biasa sahaja. Aku menjadi tidak tenang dengan soalan Nurul yang mudah itu. Mata aku asyik memandang ke tempat lain .

“ Sebenarnya Najwa adalah seseorang yang Mat suka pada suatu ketika dahulu. Ala biasalah cinta monyet bak kata orang. Time tu budak-budak lagi baru belajar nak bercinta” Jawab aku ringkas. Harap-harap jawapan yang ringkas tersebut tidak disusuli dengan soalan yang berjenis sama lagi .

‘ Najwa tu cinta pertama Mat ke” Nurul menanya lagi. Memang kali ni Nurul busy body. Mungkin satu isyarat dia mula menyukai aku dan ingin menanyakan kisah aku.

“ Oh macam tu . cinta pertama bagi Nurul memang susah nak dilupakan walaupun ia hanya cinta monyet. Nurul faham perasaan Mat. Nurul pun pernah mengalami kisah macam Mat. Tidak semua apa yang kita hajati akan menjadi milik kata pujangga “ Cinta adalah keabadian dan kenanganan adalah hal terindah pernah dialami”

“Hebat juga Nurul ni siap bermadah lagi , emm siapa pernah Nurul cintai pada suatu masa dulu? Tanya aku balik pada Nurul.

“Susah Nurul nak bercerita kisah percintaan kami yang jarak jauh ni” Terang Nurul pada aku . Wajah Nurul nampak serius seolah-olah dia mengenang kisah lama. Mungkin Nurul mempunyai kisah yang sedih macam aku juga. Tapi biasanya orang perempuan lagi menghargai cinta pertama mereka. Kalau baca dalam luahan perasaan di dalam majalah semuanya dihantar oleh perempuan.


‘ Maksud Nurul dia jauh daripada Nurul ke?” Tanya aku balik.
‘ Ya dia sangat jauh , beribu batu dari Nurul, namun Nurul tetap setia pada dia tau “ Jawab Nurul tapi kali ini muka dia tersenyum pula .Mungkin dia mengenangkan peristiwa indah bersama orang yang dicintainya. Orang perempuan kalau bak berjanji dan bersumpah setia memang hebat. Sanggup tak pandang lelaki lain. Tetapi kekadang bahaya juga kalau sekiranya orang yang dia buat janji terlupa janjinya sedangkan umur semakin meningkat. Kalau lelaki tak ada masalah sangat kalau umur meningkat.

‘ Kalau Mat nak tengok gambar dia ,Nurul ada simpan dalam handbeg Nurul ni , nak tengok tak ?” Tanya Nurul .Bersungguh pula dia nak tunjuk gambar pakwe dia. Mungkin kacak bergaya jejaka pujaan Nurul ni .

“Kalau Nurul nak tunjuk apa salahnya” Jawab aku
Nurul terus mengeluarkan sekeping gambar daripada handbegnya.

“ Eh macam pernah kenal gambar ni . Betul ker Nurul suka dia ni” Tanya aku balik….



---Bersambung—ikutilah kisah seterusnya .Rupa-rupanya jejaka idaman Nurul tu ,Mat kenal sangat. Siapakah jejaka itu ..jeng-jeng.. ….terima kasih kepada pembaca semua kerana terus memberi sokongan pada novel ini. Sebarang kesalah ejaan dan tanda baca harap dimaafkan sebarang komen peribadi email pada penulis smahazan@gmail.com .---Penulis