Monday, August 21, 2006

Episod Lima Belas

Episod Lima Belas

“ Budak laki ini ke yang Nurul suka? Mat nasihatkan baik Nurul lupakan sahaja , Mat kenal sangat dia ni” Jelas aku pada Nurul supaya dia melupakan sahaja lelaki pujaan hatinya itu . Lagipun lelaki pujaan hatinya itu ramai peminat dan paling penting telah berkahwin

‘ Ala Mat , cuma dia sahaja yang berjaya menawan hati Nurul, dari riak wajahnya terselah dia seorang penyayang , sebab itu lah Nurul suka sangat kat dia “ Nurul cuba mempertahankan lelaki yang dia suka itu dan kononnya wajah lelaki idamannya itu penyayang . Bagi aku , tak ada langsung wajah seorang penyayang wajah playboy adalah .

Gambar yang Nurul tunjukan pada aku memang wajah seseorang yang tidak asing lagi

bagi aku .David Beckham orangnya. Kapten bola pasukan England. Mati-mati aku ingat Nurul keluarkan gambar bekas pakwe dia atau bakal pakwe dia. Sempat juga aku berdebar. Entah aku pun tak tahu kenapa aku berdebar.

“ Wajah Mat ni tak cukup penyayang ke untuk Nurul sukai ?’ Tanya aku pada Nurul dalam nada bergurau. Kalau dalam nada serius takut dia tidak senang pula dengan soalan aku tu .

“ Mat pun penyayang juga “ Jawab Nurul ringkas dan sambil tersenyum.

‘ Habis tu Nurul tak suka ke kat Mat ni ‘ Tanya aku pada Nurul sambil tersenyum untuk menampakkan aku tidak bertanya dengan serius.

Nurul hanya menjawab dengan senyuman sahaja soalan aku tadi membuat aku mentafsir sendiri maksud di sebalik senyuman Nurul .Memang manis senyuman Nurul sambil mukanya menunduk ke bawah .

“ Mat minumlah air tu , nanti sejuk pula” Kata Nurul pada aku . Tak perasan pula teh o nipis aku hampir sejuk..

“ Nurul mana ada pak we Mat . Bak kata orang single-mingle lagi” Jelas Nurul pada aku tanpa aku tanya.

Ala apa nak di hairan sangat , budak cute macam Nurul ni senang ajer dapat pak we” Kata aku pada Nurul . Memang betul pun apa yang aku kata . Aku sendiri pun mula berkenan pada Nurul . Tentu ramai juga yang berkenan pada Nurul selain aku . Mungkin Nurul tidak bersedia lagi untuk menjadi awek orang atau dia memilih sangat.

‘ Nurul ada bawakan kek untuk Mat . Nurul buat sendiri tau, kan hari Mat kata suka makan kek” Nurul menghulurkan kek pada aku dalam sebuah bekas plastik.

“ Eh betul ker Nurul buat ni . Mat memang suka sangat makan kek ni” Kata aku pada Nurul.

“ Betul ,Nurul yang buat ni semalam belajar daripada mak buat kek’ Jelas Nurul pada aku .

Aku mengambil sekeping kek dalam bekas plastik tersebut. Memang sedap kek yang Nurul bagi kat aku ni. Nurul tengok sahaja aku makan kek. Seronok pula kalau Nurul suapkan kek tu kat aku . Tapi kalau aku suruh dia suap nanti apa pula katanya. Pandai juga Nurul buat kek. Teringat aku pada Najwa , walalupun dia tahu aku suka makan kek tapi tak pernah pun dia bagi aku kek nak buat jauh sekali . Dengan Nurul aku hanya cakap sekali sahaja itu pun dala bentuk gurauan . Terharu pula rasanya dengan kebaikan Nurul pada aku . Tetapi apa yang penting sekarang perhubungan aku dengan Nurul pun lebih daripada kawan biasa walaupun pada istilah kawan biasa .

“ Nak Nurul suapkan ker?’ Tanya Nurul pada aku . Terkejut aku mendengar soalan aku . Hebat betul budak ni dapat tahu apa yang terdetik dalam fikiran aku . Ilmu apa yang dia guna ini .

“ Eh tak pe lah nanti malu pulak Mat , Nurul suapkan Mat “ Jawab aku. Tetiba terasa malu pulak . Mungkin Nurul hanya bergurau untuk suapkan aku kek tu .

Lama juga aku berbual dengan Nurul hari tu . Tiga jam rasa sekejap sahaja . Entah yang aku bincangkan dan bualkan aku pun tak tahu tetapi setiap kali aku berjumpa Nurul memang aku rasa selesa sangat dengan dia solah-olah kami sudah berkenalan lama dan seoh-olah juga aku terasa Nurul awek aku ..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kuala Lumpur memang sinonim dengan kesesakan lalulintas , terutama waktu pagi dan waktu petang semasa pergi ke tempat kerja dan mahu balik kerja. Jalan paling senang untuk aku mengelak daripada kesesakkan tersebut dengan mengunakan perkhidmatan train Star ataupun Putra. Keadaan yang sama juga berlaku walaupun di dalam train tetap berlaku kesesakan . Train memang selalu penuh. Kalau ikutkan kos naik motor memang lebih murah daripada train tetapi naik train lebih selamat dan boleh rehat sikit . Aku memang suka membaca buku di dalam train kalau dapat tempat duduk . Macam-macam gelagak dan orang kita boleh tengok semasa naik train. Baju dan fesyen pun pelbagai juga terutama perempuan yang kerja kerajaan mahupun swasta memang semuanya bergaya dan berlawa habis. Selain daripada itu bau pewangi pun macam-macam bau terutama waktu pagi , kalau waktu petang kurang sikit tetapi make up tetap maintain lagi . Perempuan katakan .

Sopan santun budaya kita , berbudi bahasa budaya kita sebetulnya masih lemah lagi pengamalan oleh rakyat Malaysia. Acap kali juga aku melihat peristiwa ibu yang mengandung berdiri di dalam train . Tak ada sesiapapun yang nak bagun dan bagi tempat duduk pada ibu tersebut . Paling menyedihkan lagi dia berdiri depan kaum sejenisnya. Semuanya buat tak tahu dan tak nampak. Orang mengandung perlu banyak berhati-hati maklumlah di dalam perut tu bukan robot tapi bakal orang . Geram saja aku nak pergi heret minah yang duduk depan ibu yang mengandung itu dan bagi ibu itu duduk . Tapi segan dan kasar pula rasa nak buat macam tu sebab memang tak pernah orang buat . Macam-macam perangai manusia ni .

Memang hari ni aku pun tak dapat tempat duduk kerana orang terlalu ramai. Terpaksalah berhimpit-himpit sikit di dalam train . Tahan sikit bau-bau yang kurang meyenangkan . Maklumlah apabila terhimpit-himpit bermacam-macam bau akan tercipta.

Seperti biasa sampai kat stesen aku akan akan naik motosikal aku untuk balik ke rumah .Aku parking motosikal aku dalam stesen train tu . Kalau nak naik bas ke rumah aku pun ada tetapi lambat sikit lah kena menunggu kalau silap haribulan dan bernasib malang terpaksa menunggu sejam.Kalau tak silap haribulan dan bernasib baik paling sebentar pun 20 minit . Seperti biasa aku akan singgah kedai mamak yang berhampiran dengan stesen kerata api untuk makan petang dan kekadang makan malam terus.

“Bagi saya roti telur dan teh o nipis satu” Aku membuat pesanan

Mamak tersebut memberikan aku air teh o nipis dulu dan 6 minit kemudian baru roti telur yang aku order sampai. Sungguh berselera makan di waktu petang walaupun makan seorang diri . Sebenarnya makan keseorangan memang tidak menyeronokkan tak dapat berbual dan berbincang topik-topik hangat semasa. Tetiba ketika aku membuat suapan ke tujuh aku ternampak Najwa dari jauh sedang berpimpin tangan dengan seseorang menuju ke stesen train . Biar betul Najwa berpimpin tangan dan nampak keakraban semulajadi di antara Najwa dan pasangannya. Mungkin tidak dan mungkin ya sebab kekadang mata aku ni kabur sikit kalau melihat dari jarak yang jauh. Tapi gaya lelaki yang aku nampak tu bukan gaya Hamzah yang aku jumpa hari tu .Hamzah tinggi sedikit daripada Najwa tetapi lelaki yang dipimpin tangan oleh Najwa dan dalam maksud yang sama Najwa memimpin tangan lelaki itu rendah sedikit daripada Najwa. Mana satu pakwe Najwa sebenarnya. Atau Najwa sekarang telah menjadi playgirl seorang perempuan yang mempunyai ramai kekasih masih.

Oh tidak .Terus selera untuk aku makan roti yang sedap itu hilang. Aku tidak boleh berdiam diri hanya duduk makan roti canai sahaja. Tindakan segera mesti di buat untuk mendapat kepastian. Selagi aku tidak mendapat kepastian selagi itulah hati aku tidak senang dan terfikir-fikir terutama semasa mahu tidur . Aku terus menaiki motor dan pergi menuju ke tempat Najwa. Nak berjalan atau berlari tak larat .

“ Eh Najiha dan Oden “ Terkejut aku melihat Najiha dengan Oden. Sempit sungguh dunia ini..

--Bersambung--- Ikutilah episod seterusnya sebarang komen dariipada pembaca amatkah dihargai . anda boleh menghantar email kepada saya untuk memberi komen mahupun idea ataupun pertanyaan smahazan@gmail.com