Episod Enam Belas
Episod Enam Belas
Penulis: Fansuri
Macam tidak percaya sahaja aku berjumpa dengan Najiha dan Oden di stesen keretapi tempoh hari .Memang sempit betul dunia ini . Tak sangka pula aku berjumpa dengan mereka berdua di Kuala Lumpur yang penuh dan padat dengan manusia ini. Oden dan Najiha baru berpindah di Kuala Lumpur sebulan lepas .Aku pun sudah lama tidak menghubungi Oden mahupun Najiha . Empat bulan lepas ada juga aku call Oden dan dia ada cerita juga dia nak berpindah di Kuala Lumpur bersama Najiha. Syarikat tempat dia bekerja telah membuka cawangan baru di Kuala Lumpur dan dia pula telah dinaikkan pangkat di cawangan baru syarikat tersebut. Begitulah cerita serba ringkas di pertemuan aku , Oden dan Najiha. Oden , Najiha dan aku dulu satu sekolah menengah di sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad Pulai Chondong . Begitu juga dengan Najwa. Najiha dan Najwa memang kawan rapat. Pelik pula aku rasa dah lah nama mereka seakan sama dan paling pelik muka meraka seiras kalau dilihat dari jauh. Bukan aku sahaja berpendapat sedemikian orang lain juga berpendapat macam aku .Kembar hampir serupa tetapi lain ibu dan lain bapa . Lebih kurang macam tu lah . Lebih nampak menyerlah lagi keseirasan wajah mereka apabila mereka memakai pakaian uniform sekolah . Kisah cinta Oden dengan Najiha pun bermula pada zaman sekolah menengah lagi . Zaman cinta monyet. Dari usikan kekawan tak sangka pula perhubungan mereka menjadi serius. Oden pengerusi Kelab penerbitan semasa di sekolah menengah manakala Najiha pula sebagai ketua pengarang. Masa tu aku dan Najwa hanya AJK fotografi dan laporan . Kelab Penerbitan memang sebuah kelab yang penting dalam menerbitkan majalah sekolah dan bahan-bahan bercetak dan lain-lain. Oden atau nama sebenarnya Salahuddin memang seorang pengerusi kelab yang tinggi daya kereatifnya dan komitmennya walaupun tuan tidaklah setinggi sangat . Ramai juga awek-awek cun kat sekolah aku yang cuba mengusyanya tetapi semuanya tidak berjaya maklumlah anak pak imam ni bukan senang untuk digoda dan tergoda tapi akhirnya tersangkut juga dia dengan Najiha sehinggalah cinta mereka diijabkabulkan setahun lepas. Oden sekarang sudah bekerja di sebuah syarikat penerbitan sebagai ketua editor manakala isterinya Najiha bekerja sebagai guru Bahasa Melayu . Bahagia sungguh aku nampak mereka sampai keluar dari train pun berpimpin tangan . Tak sia-sialah Oden menghabiskan masa menunggu cinta Najiha dan tidak sia-sia juga Oden banyak menghabiskan duit untuk membeli hadiah kepada Najiha. Bukan sebarangan orang juga yang dapat mencuri hati Najiha yang terkenal dengan sifat tegas dan tidak suka layan lelaki ni . Najiha juga semasa di sekolah memang seorang pendebat yang hebat sampai ke peringkat negeri Najiha menyertai pertandingan debat . Kalau setakat nak mengayat dengan ayat yang mudah memang susah nak cair insan yang bernama Najiha ni hanya Oden sahaja yang mampu memikat hati Najiha sehingga perhubungan mereka ke jinjang pelamin. Aku pun tak tahu apa ayat yang Oden mangayat Najiha sehingga Najiha tersangkut .Mungkin ayat yang diajar oleh pak imam. Ayat-ayat yang power dan bersumberkan nas-nas yang betul. Cemburu pula melihat semua kekawan yang sudah berkawin. Ramai juga member satu sekolah menengah dulu yang sudah berkahwin. Tiga bulan lepas semasa cuti sekolah sahabat aku , Paan yang kahwin . Ingat lagi aku kawan aku yang bernama Paan ini memang pediam orangnya. Nak bercakap dengan perempuan jauh sekali tapi dalam diam-diam sempat juga dia bercinta dengan seoarang awek pustawanan sekolah aku dahulu. Patutlah Paan rajin pergi perpustakaan semasa di sekolah menengah dahulu. Cinta monyet Paan pun tidak sia-sia dan akhirnya cinta mereka juga sampai ke jinjang pelamin . ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- “ Ya Allah kau Mat , aku ingat peragut mana tadi nak ragut aku ,kau naik motor semacam ajer , macam nak cepat ajer” Kata Oden pada aku .Memang aku naik motor tadi semacam sahaja kerana tidak sabar untuk mendapat kepastian siapa yang berpimpin tangan dengan Najwa tadi . Ada ke patut dia kata gaya aku tadi macam gaya peragut . Hensem macam ni ada gaya peragut ker. Bisik hati aku. “ Aku memang kejar kau pun tadi , aku lihat kau semasa aku tengah makan roti canai kat kedai mamak tu “ Jelas aku pada Oden. “ Kau dari mana Mat ?” Tanya Oden pada aku. “Dari tempat kerjalah dari mana lagi . kau pula dari mana dengan Najiha ni”Tanya aku balik pada Oden. “Aku pun samalah macam kau dari tempat kerjalah .kau kerja tempat lama ker?”Oden Tanya aku balik. Biasalah member lama tak berjumpa sesi soal jawab akan terjadi. “Aku kerja tempat lama lagi, sekarang ni susah nak cari kerja, kalau ikutkan hati memang rasa nak berhenti kerja tempat aku tu, maklumlah gaji aku kat sana tak berapa mahal tetapi kerja teruk , tapi apabila aku fikir balik nasib aku lebih dari orang yang masih menganggur” Jelas aku pada Oden dan Oden macam biasa dalam bab mengangguk dan penjadi pendengar yang hebat memang aku boleh puji. Kalau semasa aku kat sekolah dahulu kalau ada member aku yang ada masalah jiwa Oden selalu menjadi tempat rujukan . “Memanglah Mat, sekarang ni susah nak cari kerja, tapi jangan asyik bersyukur dengan apa yang ada kita perlu berusaha untuk memajukan diri “ Jelas Oden pada aku . Memang aku faham sangat apa yang Oden cakap tu . “ Kau pula macam mana Din , bila nak jadi papa ni ? “ Tanya aku pada Oden . “Ala Mat , relax dulu honeymoon tak habis lagi ni , Oden menjawab Soalan gurauan aku sambil menjeling pada isterinya yang tercinta” Memang nampak bahagia sangat Oden dan Najiha ni . Kahwin awal ni memang seronok kalau ada jodoh dan kalau ekonomi setabil. Tapi kalau nak tunggu ekonomi betul-betul setabil lambatlah sikit nak kahwin .Tengok baju Oden yang ber iron pun dah nampak beza aku dengan Oden . Dah lama aku tak iron baju . Tetiba teringat pula sahabat aku dulu Adi dan Radiah . Apa cerita pun aku tak tahu .Lama aku tak berhubung dengan budak skema tu . Apabila melihat member yang dah kahwin dan mempunyai keluarga yang bahagia ni membuat aku lebih bermotivasi untuk cepat-cepat mencari pasangan hidup yang sesuai dan sekupu . Perkataan sesuai dan sekupu tu memang luas tafsirnya. Najwa memang aku cinta dan orang aku paling sayang tetapi tidak semestinya Najwa tu pasangan yang sesuai untuk aku. Susah juga untuk mencari orang yang betul-betul kita sayang dan orang yang betul-betul sepadan dengan kita. Seronok juga dapat betemu sahabat lama. Memang banyak cerita dan berita apabila sudah lama tidak bertemu. Masing-masing dengan kehidupan masing-masing apabila menamatkan pelajaran di universiti . Masing-masing sudah mempunyai kerjaya. Setahu aku tidak ada lagi member aku yang menganggur semuanya telah bekerja walaupun kerja bukan dalam bidang apa yang belajar semasa di universiti dahulu. Ada yang jadi jual insuran , ada yang kerja KFC, ada yang kerja dengan kerajaan , ada yang kerja dengan swasta dan ada juga yang berani membuaka perniagaan sendiri. Bumi Tuhan sebenarnya luas dan rezeki ada di mana-mana terutama di kota raya Kuala Lumpur yang padat dengan manusia ini. Macam-macam kerja boleh di buat di kota raya ini .Rezeki kat sini memang sentiasa ada dengan syarat mesti rajin berusaha macam Indon yang datang kat Kuala Lumpur ini .Ada sesetengah daripada mereka yang dapat hidup lebih mewah daripada rakyat tempatan. Dah rezeki diaorang nak buat macam mana . Siapa berusaha dia dapat , siapa yang malas melepas. Simple ajer sifir kat dunia ni . Tetapi jangan sampai terjebak dengan kegiatan mencari rezeki yang tidak halal cukuplah.Buatlah apa-apa2 kerja asalkan halal. “Mat kau tahu tak Najwa sekarang dah tinggal kat Kuala Lumpur” Tetiba Najiha memberitahu aku berita tentang Najwa tanpa aku bertanya. “ Rasanya tahu , bila lagi dia datang Kuala Lumpur?”Tanya aku balik pada Najiha untuk mendapat lebih kepastian . Acap kali juga aku bertemu dengan Najwa tetapi aku tak pernah pun bertanya bila dia mula datang Kuala Lumpur. “Rasanya dah hampir enam bulan dia menetap di Kuala Lumpur ni.”Jelas Najiha pada aku . “ Tunang dia macam kat mana sekarang , bila dia nak kahwin ?” Tanya aku pada Najiha. Setahu aku dah lama Najwa bertunang dengan cikgu Iskandar tu . “ Eh Mata ada pula tanaya macam tu , macam tak tahu langsung , kan Najwa tak jadi bertunang dengan cikgu Iskandar . Tetiba aku menjadi bingung. Apakah betul kenyataan yang diberitahu oleh Najiha tu . Setahu aku Najiha tidak pandai bergurau dia memang seoarang yang agak serius . Kalau nak dibandingkan perangai Najwa dengan dengan Najiha memang agak ketara walaupun wajah mereka ada mirip. Aku mesti mendapat kepastian daripada Najiha apakah apa yang diperkataan itu adakah betul atau sekadar gurauan di waktu petang sahaja . Apa cerita sebenarnya aku pun tak tahu . Setahu aku Najwa memang hanya menganggap aku hanya sebagai kawan sahaja. Dan aku tahu cinta Najwa pada cikigu Iskandar memang agak mendalam . Perlukah aku menaruh perasaan dan terus mengejar cinta Najwa. Tetiba aku teringat pesanan pakar cinta sahabat baik aku Ram yang berbunyi “ Seorang wanita akan memandang rendah terhadap lelaki yang menyatakan cinta kepadanya , terkecuali kalau memang lelaki itu diharapkan untuk menjadi kekasihnya” Sungguh dalam falsafah yang Ram perturunkan pada aku. Buku mana yang dia baca aku tidak tahu tetapi ungkapan kata yang ringkas itu amat mendalam maknanya. Aku pun percaya memang wanita akan memandang rendah lelaki yang menyukainya sekiranya dia tidak menyukainya
Note: Teriima kasih kepada semua pembaca yang terus mengikuti kisah Aku Dan Najwa ini. Penulis meminta maaf kerana episode kali ini lambat sedikit disiarkan. Aapapun ikutilah kisah seterusnya …dan ketahui mengapa kisah Najwa dan cikgu Iskandar .Adakah betul mereka tidak jadi bertunang ….atau Najiha hanya bergurau sahaja ………jeng-jeng..sebarang komen dan padangan email kepada saya smahazan@gmail.com
<< Home