Tuesday, November 21, 2006

Episod Sembilan Belas

Episod Sembilan Belas
Penulis: Fansuri



“Bas Najwa pukul berapa malam ni? Tanya aku pada Najwa. Setahu aku biasanya bas untuk balik ke Kelantan tak ada waktu petang , yang ada hanya waktu pagi dan malam sahaja.

“Bas Najwa pukul 9 malam ni , lambat lagi ‘ Jelas Najwa pada aku
“Lambat lagi lah kalau begitu , lepas ni Najwa nak pergi kemana ni sambil tunggu bas ni”
“Entah , tadi kawan Najwa kata nak pergi The Mall nak teman Najwa pergi beli hadiah untuk mak dan abah Najwa , tapi sampai sekarang pun dia tak mesej Najwa.” Kata Najwa pada aku .
“ Oh begitu, mungkin dia ada masalah kot “ Kata aku ringkas.
“ Mat ada nak pergi mana-mana ke lepas ni ?” Tanya Najwa pada aku
‘ Eh tak adalah , lepas ni Mat rasa nak pergi cari kopiah kat bazar Masjid Jamek lepas tu terus nak dinner kat area situ”Kata aku pada Najwa.
“Seronok juga jalan-jalan kat situ ,kalau Najwa tak janji dengan kawan Najwa confirm Najwa follow Mat jalan-jalan kat masjid Jamek tu “ Jelas Najwa pada aku .
Aku hanya diam sahaja dan tersenyum. Entah kawan mana Najwa nak junpa. Aku ingat lepas makan boleh pergi jalan-jalan dengan Najwa kat masjid Jamek dan makan dengan dia naik bas malan ni .

“ Sebelum Najwa terlupa , ni bayaran untuk design poster Mat . Bos Najwa sangat berpuas hati dengan design Mat buat. Kombinasi warna yang Mat buat pun tepat dan sesuai dengan imej koperat syarikat tempat Najwa. “ Kata Najwa sambil meghulurkan sampul surat yang berisi wang pembayaran .

‘Terima kasih daun keladi , kalau ada projek lagi jngan lupa bagi kat Mat lagi , kalau Najwa tak janji nak pergi The Mall dengan kawan Najwa , Mat nak belikan hadiah untuk Najwa ‘ Kata aku ada Najwa .

“ Eh , hadiah apa pulak Mat ni , hari lahir Najwa lambat lagi , bulan enam nanti Mat bagilah hadiah kat Najwa okey “ Balas Najwa pada aku .
‘ Ala , nak bagi hadiah tu tak semestinya tunggu hari lahir, , bila-bila pun boleh , lagipun Mat tak pernah pun beli hadiah hari lahir kat Najwa semenjak kita berpisah ‘ Kata aku pada Najwa. Entah sesuai atau tidak perkataan berpisah aku ucapkan tadi . Nampak poyo pun ada guna ayat tu .

‘ Oklah , Orang nak bagi buat apa Najwa nak menolak pula , tapi lain kali k , tu lah Mat tak cakap awal-awal nak bagi hadiah , kalau tidak Najwa tak janji pula nak berjumpa dengan kawan Najwa.
‘ Ok lah Mat faham , tak baik lupa janji bak kata orang , lembu dipegang pada tali , manusia dipegang pada janji “ Kata aku pada Najwa .

‘ Salah pribahasa Mat tu “ Kata Najwa pada aku .
‘Eh salah ke , Mat rasa dah betul ,yang betulnya macam mana ? “ Tanya aku pada Najwa .

“ Manusia dipegang pada tangan , Betul tak Mat “ Tanya Najwa pada aku dalam nada yang bergurau . Pandai juga budak Najwa ni bergurau , yang ni buat aku lagi berkenan . Tapi hati manusia……..

Selepas aku minum dengan Najwa, aku dan Najwa solat Asar di surau Central Market.
“Nanti lepas solat , Mat tunggu Mat kat sini k “ Pesan ku pada Najwa . Surau perempun dan lelaki asing . Biasanya kalau kat surau perempuan kena ikut giliran sembahyang kalau telekung sembahyang tak cukup .

Hampir 10 minit aku tungu Najwa lepas sembahyang . Mungkin telekung sembahyang tak cukup membuatkan Najwa terpaksa menunggu giliran untuk menunaikan solat . Teringat pula kad kahwin yang Najwa tunjukkan tadi . Memang aku tak sangka dan tak dapat menduga Azila kawan sekelas aku semasa tingkatan lima dulu nak kahwin. Najwa pun satu buat aku suspen sahaja menunjukkan kad kahwin tadi siap terketar-ketar tangan lagi dan muka yang dibuat-buat serius. Entahlah , sempat juga aku berdebar tadi , manalah tahu dia nak kahwin betul . Kalau ikutkan umur tu dah memang sesuai macam kawan sekelas aku dahulu Azila. Kalau orang lain memang senang aku nak percaya tapi ini Azila . Maklumlah budak ni semasa zaman persekolahan dulu perangai dia tom boy sikit yang tu aku tidak percaya yang dia dah nak kahwin . Mengikut cerita Najwa pada aku ,sekarang Azila sekarang sudah menjadi seorang gadis kembali dengan kesopan dan gaya ayu seorang gadis remaja. Kalau kat kampung dulu seingat aku memang susah nak tengok Azila pakai baju kurung, asyik duk pakai seluar, nasib baik kat sekoloh pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian seragam lelaki , kalau tidak , mungkin Azila dah pakai pakaian seragam lelaki . Azila semasa zaman sekolah dahulu terlibat aktif dalam badan beruniform kadet polis dan dia merupakan penolong pengerusi kadet polis sekolah aku dahulu . Sempat juga mengharumkan nama sekolah dengan memenangi pertandingann kawat peringkat daerah dan pernah mewakili peringkat negeri tetapi kalah .
Selepas habis zaman persekolah tingkatan lima , aku dengan Azila tidak ketemu lagi dan tidak tahu perkembangan ceritanya . Mengikut cerita Najwa semasa aku makan bersamanya sebentar tadi , selepas habis tingkatan lima , Azila menyambung belajar di Universiti Kebangsaan dalam bidang Sains Politik dan selepas itu dia bekerja sebagai pembantu pegawai tadbir di Putrajaya. Entah bagaimana , dia terjatuh cinta dengan seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang bernama Zainal sehinggalah mereka membuat keputusan untuk berkahwin 2 hari lagi . Mengikut cerita Najwa lagi , Azila berubah menjadi gadis sejati pun disebabkan cinta suci yang bersalut murni kepada Zainal . Aku percaya , bak kata orang cinta merupakan motivasi yang hebat untuk manusia berubah . Kalau dah tahap klilmak bercinta setakat lautan api tu pejam mata sahaja direnang .

Geram aku nak Tanya Najwa tentang perhubungan dia dengan Cikgu Iskandar . Adakah betul tali pertunangan Najwa dengan Cikigu Iskandar hanya separuh jalan sahaja. Entahlah segan dan malas pula aku nak bertanya nanti dikatan busybody pula. Jodoh memang kita mampu merancang tapi Maha Kuasa yang menentukan segalanya . Kalau dah jodoh asam didarat garam dilauk didalam periuk bertemu jua.

‘ Maaflah Mat , sebab terpaksa menunggu Najwa solat lama sikit” Kata Najwa.
‘ Tak pe Mat faham “ Jawab aku ringkas
‘ Eh apa yang Mat faham ini “
“Mat fahamlah , perempuan katakan , lepas solat , mana nak pakai tudung lagi , pakai make up lagi dan banyak lagi “ Kata aku pada Najwa dengan nada bergurau .
“ Mana ada macam tu ,tadi telekung sembahyang tak cukup sebab tu yang lambat sikit ‘ Balas Najwa

‘” Mat kawan Najwa dah sampai , dia tunggu Najwa kat bawah depan KfC” Kata Najwa pada aku . Kacau daun betul kawan Najwa ni . Kalau nak jumpapun jumpalah hari lain .
‘ Oklah macam tu , Mat rasa kita berpisah setakat ni sahajalah ‘ Kata aku pada Najwa
“Eh Mat , janganlah cakap macam tu .Najwa tak sanggup berpisah dengan Mat ‘ Balas Najwa dengan selamba gurauan aku tadi ,Walaupun hanya gurauan namun sudah cukup buat aku bahagia sementara. Aku pun mengahantar Najwa kat bawah .

‘ Tu dia , Hamzah kawan Najwa dah sampai “ Najwa menunjuk kea rah Hamzah memang seorang insan yang aku kenal . Tidak sangka pula aku , kawan yang dimaksudkan oleh Najwa itu adalah Hamzah . Bahagia yang sementara aku tadi terus hilang . Hamzah menghampiri aku dengan Najwa . Eh kenapa pula wajah Hamzah macam tidak tenang dan tidak puas hati . Adakah dia cemburu melihat aku keluar dengan Najwa . Tapi apa salah aku , Najwa pun bukan awek Hamzah . Hamzah semakin hampir dengan aku dan mukanya kemerahan umpama menahan marah . Oh tidak adakah hari ini akan berlaku pertegkaran di antara Hamzah dengan aku . Aku cuba menenangkan jiwa aku . Aku pun lelaki dan dia lelaki , saiz tubuh pun sama . Buat apa aku nak takut . Hamzah semakin hampir dan mukanya semakin merah umpama perasaan marah yang membara ….

Bersambung ………..

Ikutilah episode seterusnya . Adakah akan berlaku pergaduhan di antara Hamzah dengan Mat …

Note : Terima kasih kepada anda semau yang terus menyokong Aku dan Najwa . Untuk renungan bersama.Hantarlah email kepada saya untuk sebarang komen. Pandangan anda amat saya hargai .

“Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.”