Tuesday, October 31, 2006

Episod Tujuh Belas

Episod Tujuh Belas
Penulis: Fansuri

“Dalam percintaan kamu jangan kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan”

”Ya Allah dah pukul 7 pagi “ Keluh hatiku .Tak sangka pula aku terbangun selewat ini. Sampai solat subuh pun aku tertinggal. Nasib baik lagi masih ada masa untuk aku bersiap ke pejabat. Hebat betul aku mengelamun semalam memikirkan kisah cinta Najwa. Macam tak percaya sahaja Najwa dan cikgu Iskandar tidak jadi bertunang .Kalau betul apa yang diriwayatkan oleh Jiha itu betul ,bermakna Najwa sekarang bukan tunang orang lagi .Mungkin peluang aku untuk mendapat kembali cinta aku yang hilang suatu masa dahulu kembali bersinar. Sampai pukul lima pagi juga aku membuat perhitungan semalam , sedar tak sedar pukul tujuh pagi aku bangun . Perhitungan yang aku buat semalam sampai sekarang aku tak tahu apa yang aku perlu buat untuk tindakan seterusnya . Apakah aku perlu terus mengejar cinta Najwa untuk mendapat cinta sejati aku atau aku terus mencari seseorang yang betul-betul mencintai aku . Entahlah aku sendiri pun tidak pasti apa yang perlu aku buat. Perasaan cinta ni kalau di layan bahaya. Bak kata orang cinta merupakan motivasi paling hebat. Apapun bagi aku berita Najwa tidak jadi bertunang dengan cikgu Iskandar secara peribadi memang berita gembira pada aku . Tapi hati perempuan kalau dah pernah kecewa sekali memang susah untuk menerima cinta buat kali kedua kalinnya . Mereka akan jadi sangat cerewet dan kepercayaan kepada lelaki sangat susah sampai ke suatu tahap walaupun lelaki tersebut menyintainya betul-betul pun dia tidak percaya dan jalan terakhir ada yang tak kahwin. Insan yang bernama Hamzah juga termasuk dalam perhitungan aku semalam. Kalau memang betul Najwa tidak jadi bertunang dengan cikgu Iskandar sekalipun mungkin pengganti cinta Najwa adalah Hamzah. Bukan mesra lagi aku nampak perhubungan mereka .Lagipun mereka satu pejabat .Lebih cerah peluang Hamzah daripada aku untuk mendapat cinta daripada Najwa.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Walaupun aku bangun lewat tadi namun sempat juga aku sampai awal dan tepat di pejabat. Aku memang suka datang awal pejabat. Kalau aku datang awal sempat juga aku bersarapan dikedai mamak sebelah dengan ofis aku . Telur separuh masak dua biji atau sekeping roti canai bersama teh o nipis sudah memadai bagi aku . Namun pagi ni tak sempat aku nak bersarapan .

‘ Assalamualaikum Cik Ainon’ Aku bagi salam kepada kerani tempat aku kerja. Paling aku suka Cin Ainon ni , senyuman dia yang manis. Senyuman Cik Ainon memang manis dan sesuai sangat kalau menjadi model untuk iklan ubat gigi .

“ Waalaikummussalam Abang Mat , kenapa rambut abang Mat macam tak mandi sahaja hari ni “ Tanya Ainon pada aku . Tak sangka pula dia perasan aku tak mandi pagi ni dan tak sempat pakai minyak rambut .Pagi tadi aku sempat basuh muka sahaja. Maklumlah nak cepat tak perasan pula rambut aku lupa nak sikat .
“ Eh tak adalah , abang mandilah pagi ni , Cuma minyak rambut habis tak sempat nak beli , yang tu rambut abang nampak macam ni “ Jawab aku dengan ringkas.
“Sedap nampak nasi lemak ,tu .Ainon beli kat mana? Tanya aku pada Ainon yang menyuapkan nasi lemak kedalam mulutnya dengan berselera sekali.

“Ainon beli kat sebelah kedai mamak tu . Ala takkan abang tak pernah beli nasi lemak yang dijual oleh abang sotong tu”Jawab Ainon pada aku

“Eh Ainon best ajer kata abang jual nasi lemak tu sotong , walaupun dia sotong tapi pandai buat dan jual nasi lemak. Lebih baik daripada hero-hero yang merempit malam-malam tu “Jawab aku balik pada Ainon.

“Ye lah , Abang Mat betul, apapun nasi lemak abang sotong ni best , berselera Ainon makan bersama dengan air milo ni. Abang Mat dah minum ke ? Kalau nak minum , Ainon boleh tolong buatkan abang Mat air milo” Ainon menawarkan diri untuk buat air milo kat aku . Rugi kalau tolak ni.Lagipun aku memang tak minum air lagi pagi ni .

“ Elok juga kalau Ainon tolong buatkan , masin pun sanggup abang minum “ Jawab aku sambil bergurau . Aku sebenarnya dah biasa bergurau dengan Ainon . Nak bergura lebih-lebih tak berani pula. Maklumlah tunang orang . Budak cantik dan ayu macam Ainon ni siapa tak berkenan. Kira logiklah juga kalau dia dah bertunang . Walaupun hanya belajar sampai SPM sahaja tapi dapat tunang seorang ahli perniagaan .Perempuan memang untung kalau ada muka dan perangai baik sikit boleh dapat suami yang kaya atau berada . Kalau lelaki memang susahlah walaupun rupa handsome tetapi kalau tak ada duit jangan haraplah peempuan suka . Tetapi walaupun rupa tak berapa ada tetapi ada duit peluang untuk ramai awek memang cerah . Sebab tu aku tak terkejut kalau baca dalam paper artis yang kahwin dengan Datuk sebaya dengan ayahnya. Maklumlah Datuk banyak duit. Lagi tua lagi bagus .. Setakat muka dah berkedut boleh buat tak nampak asalkan masa depan cerah . Kalau wartawan Tanya kenapa pilih orang tua untuk buat suami apa yang nak di risau jawapan dah ada .Jodoh di tangan Tuhan . Jawapan yang ringkas dan padat . Memang tiada siapa boleh takwil lagi .

“Abang Mat , bos nak jumpa , dia suruh abang Mat bawa sekali drawing main directory yang Mr.Wiliam minta hari tu .” Beritahu Ainon pada aku . Dah lima hari aku tak mengadap bos ni . Memang aku dah agak kalu dia nak jumpa aku confirm nak tanya fasal drawing tu .

‘’ Mat , macam mana dengan drawing Mr .Wiliam tu ?” Tanya bos pada aku
“ Dah siap bos dan dah boleh buat sebut harga. Projek ni mungkin dalam 40 ribu sahaja secara kasar termasuk kos pemasangan “ Jelas aku pada bos.

“Eh kira mahal jugalah setahu saya panjang main directory tu hanya lapan kaki sahaja takkan harga sampai 40 ribu “ Tanya bos pada aku .

“Memanglah murah kalau kita hanya guna aluminium buatan tempatan , Tetapi mutunya tak memuaskan dan tidak sesuai untuk tempat hotel lima bintang Mr. Wiliam tu . So saya guna Hb Modular System saiz 45 mm rasa memang sesuai. Kos memang agak bertambah sebab kita terpaksa import dari UK .”Jelas aku pada bos.

‘ Macam mana dengan header untuk main directory ni , kita nak guna stiker atau box up “ Tanya bos pada aku .

“ Saya rasa lebih baik kita guna box up warna silver atau gold baru bampak menyerlah sikit. Kalau bos setuju boleh saya buat tempahan esok.” Jelas aku pada bos

‘” Saya ok sahaja lagipun kamu yang handle projek ni . Kamu dah Tanya ke Mr .Wiliam tu dia setuju tak dengan harga 40 ribu tu “ Tanya bos pada aku .
“Semasa perbincangan hari tu . Mr.Wiliam kata budget dia dalam 50ribu ke bawah , so 40 ribu tu memang ok sangatlah “
“ Kalau macam tu tak pa lah ,apa-apa perkembangan inform kat saya okey “ Jelas bos pada aku .

Sebenarnya di dalam dunia peniagaan ni memang susah nak cari orang Cina yang cari syarikat Melayu untuk buat projek walaupun kecil . Entah macam mana Mr. Wiliam boleh percaya kat bos aku sanggup bagi projek tu pada bos aku . Ini mungkin satu kelebihan bos aku yang pandai bergaul , bukan setakat Melayu sahaja dia kawan , Cina dan India pun ramai kawan dia dan sanggup bagi projek kat dia .

Kalau ada kerja banyak cepat sahaja masa berlalu . Sedar tak sedar dah nak hampir pukul lima. Cik Ainon dah bersiap nak balik. Tunang dia pun dah call untuk jemput dia.

“ Abang Mat , Ainon balik dulu ya , abang Manaf dah menunggu” Beritahu ainon pada aku dengan senyuman . Boleh dikatakan tiap-tiap hari Manaf akan tunggu Ainon dan hantar Ainon ke rumah kakak Ainon .Kakak Ainon pun dah kenal Manaf dan percaya pada Manaf . Mengikut kata Ainon sepanjang perkenalannya dengan Manaf , berpengang tangan pun belum pernah .Tebal betul iman Manaf . Pernah juga aku Tanya Ainon sambil berguarau.

‘ Ainon ni tak romantic lansung , takkan tak pernah kot berpegang tangan dengan Abang Manaf yang handsome tu “ Tanya aku

‘ Eh , abang Mat , Mak Ainon dah pesan tak elok berpegang tangan kalau belum dapat lesen besar. Banyak cara lain lagi kalau nak romantic. Bagi Ainon senyuman abang Manaf dan kejujuran Abang Manaf pada Ainon sudah cukup romantic.’ Jelas Ainon .

Kalau tengok riak wajak Manaf memang terpancar seorang yang jujur dan baik. Kalau aku ada adik perenpuan sangggup bagi kat Manaf untuk dijadikan isteri. Zaman sekarang susah nak cari lelaki yang jujur macam Manaf ni. Dan aku rasa tak sia-sia Ainon menyintai Manaf dan sanggup membuat keputusan untuk bertunang walaupun dalam umur yang agak muda. Maklumlah orang lain kalau umur baru nak masuk 21 sibuk nak sambung belajar dan mengejar cita-cita. Lain pula dengan Ainon mungkin cita-cita Ainon untuk mendapat cinta yang sejati dalam hidupnya . Petang ni aku terpaksa balik awal sikit sebab nak pergi hantar Ram kat stesen bas Terminal Putra. Entah apa cerita , tetiba Ram nak balik kampung. Katanya nak cari ketenangan buat seketika . Mungkin ada masalah lagi dengan awek-aweknya.

‘ Kenapa pula tetiba aje kau nak balik kampung ni , ada saudara kau yang sakit ke” Tanya aku pada Ram untuk mendapat kepastian.

“ Tak adalah Mat , aku nak cari ketenangan sikit kat kampung, jiwa aku sekarang tak berapa tenang sekarang .Mugkin banyak sangat persoalan dalam hidup aku yang belum terjawab” Jelas Ram pada aku .

“ Macam ada masalah je kau ni, cubalah citer kat aku ,mana tahu aku dapat selesaikan masalah kau tu “ Kata aku pada Ram . Kasihan pula tengok Ram dalam masalah .

‘ Sebenarnya Mat , aku rasa nak bertunaglah “ Jelas Ram pada aku .Satu kenyataan yang bagus keluar daripada mulut Ram.

“ Baguslah kalau macam tu. Dengan siapa kau nak bertuang tu ?” Tanya aku pada Ram.
“ Aku nak bertunang dengan Najwa. Entahlah aku rasa dia pilihan paling tepat dalam hidup aku “ Jelas Ram. Terkejut aku bila Ram mengatakan yang dia nak bertunang dengan Najwa.. Betul ke Ram nak bertunang dengan Najwa. Tak mungkin….

Penulis: Terima kasih kepada semua pembaca. Saya minta maaf atas kelambatan cerita ini. Apapaun terima kasih atas segala komen yang diberikan. Ikutilah kisah seterusnya.Betulkan Ram akan bertunag dengan Najwa atau sekadar mainan sahaja…Kepada semua pencinta hayatilah kata-kata ini.

“ Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi”.