Saturday, December 02, 2006

Episod Dua Puluh


Episod Dua Puluh
Penulis: Fansuri


Hamzah tidak menghampiri aku , langkahnya berhenti 200 meter daripada aku. Aku menarik lafaz lega. Risau juga kalau berlaku pergaduhan di antara aku dengan Hamzah . Hamzah memberi isyarat kepada Najwa supaya datang dekat kepadanya . Mungkin ada sesuatu perkara rahsia yang hendak di perkatakan. Najwa terus pergi dekat dengan Hamzah . Rasa cemburu juga aku melihat Hamzah bercakap-cakap dengan Najwa. Aku , tanpa menghiraukan Najwa terus mengundurkan diri jauh daripada Hamzah dengan Najwa. Biarlah Hamzah dengan Najwa. Mungkin mereka ada jodoh. Lagipun apabila aku nampak Hamzah dengan Najwa mereka macam serasi bagai pinang di belah dua.. Tapi kalau dengan aku pun bagai pinang di belah dua juga sebenarnya. Malas aku nak fikir sangat apa yang mereka bualkan . Lagi dekat aku dengan mereka berdua lagi rasa cemburu dan jiwa terseksa Rasa dahaga pula .Aku singgah di kedai mamak yang berdekatan dengan Central Market .

‘ Bagi saya teh o nipis satu , makan nanti saya fikir dulu “ Aku membuat pesanan. Nak makan rasa kenyang lagi . Sambil menunggu air teh o nipis aku siap , terfikir pula kemana Najwa dan Hamzah pergi .Mungkin mereka sekarang sedang mabuk bercinta. Geram aku nak Tanya Najwa , apa hubungan sebenar di antara dia dengan Hamzah . Tapi siapa aku di sisi Najwa untuk aku bertanya soalan seperibadi itu. Lagi di fikir lagi kusut dan tak ada jawapan yang pasti .Semua dalam berbentuk andaian . Teh o nipis dah siap. Baik aku minum teh o nipis daripada duduk termenung panjang memikirkan hal yang tiada kesudahannya. Rasa cerah mata sedikit apabila kena teh o nipis waktu petang seperti ini .Lagi best kalau hari hujan , minum teh o panas . Hari pun nampak tidak berapa cerah . Tidak mustahil kalau hujan turun mencurah rahmatNya. Bau kari kepala ikan mamak ni sungguh hebat sekali menusuk hidung aku. Aku memang tergolong orang tidak suka makan kari masakan mamak . Entahlah mungkin tidak sesuai dengan jiwa. Orang kata kari mamak best sebab mamak tak pernah basuh periuk . Sekali fikir macam logic juga . Dah kedai buka 24 jam siang dan malam , masa bila nak basuh periuk . Apapun orang nak kata yang penting kari mamak dah ada peminatnya yang tersendiri . Bunyi burung gagak yang berterbangan kedengaran . Mungkin hujan mahu turun .Aku rasa Kuala Lumpur ini tidak boleh dianggap bandar yang cukup bersih selagi menjadi tempat penginapan gagak yang selalu mendapat makanan dari sampah-sampah dan sisa. Kehadiran gagak yang berkongsi kesibukkan kota ini , bagi aku satu lambang sesuatu tempat itu belum cukup bersih lagi . Jauh pula fikiran aku memikirkan gagak dan perbandingan dengan Kuala Lumpur . Bukan apa , lebih baik aku fikir gagak daripada lamunan fikiran aku memikirkan Najwa dan Hamzah yang sedang berdating . Kenapalah aku perlu ingat Najwa sangat . Banyak lagi awek-awek yang cun melecun , kiut miut yang lain Memang perasaan adalah sesuatu yang unit dan susah hendak difahami dan ditafsir .Nak faham perasaan sendiri pun susah apatah lagi cuba nak memahami perasaan orang lain .

“ Mat kat mana ni “ Eh tetiba pula budak Najwa mesej (SMS) aku . Ala nak pujuk aku lah tu ingat aku merajuk sebab menghilangkan diri daripada dia dengan Hamzah tanpa khabar berita. Buat apa dia nak tanya aku kat mana? Tak seronok ke keluar dengan orang yang tersayang macam Hamzah yang serba lengkap, zahir batin , rohani jasmani. Mungkin dia saja takut aku terasa hati sebab dia tinggalkan aku tadi . Nak terasa hati pun aku was-was lagi .Mungkin tak ada sebab yang kukuh untuk aku terasa hati .Bak kata orang hero tak boleh sensitif sangat perasaan . Elakkan cepat terasa hati dan terlalu emosional . Hero mesti koooool.

‘ Selamat berdating . Semoga bahagia ‘ Aku balas mesej Najwa dengan ringkas .
Berbaur emosional sedikit mesej yang aku hantar tadi . Tetapi mungkin tersimpan maksud yang jujur terpendam .

‘ Mat kat mana ni . Najwa nak dating dengan Mat ni “ Najwa balas mesej aku .
Apa cerita Najwa ni . Takkan sekejap sahaja dia berjumpa dengan Hamzah . Biasanya orang bercinta waktu berjalan begitu pantas . Sehari berdating bagai sejam baru . Sehari tidak berjumpa bagai setahun 7 hari .
‘ Mat , kat kedai Mamak dekat dengan Central Market “ Aku balas mesej Najwa .
‘ Ok tunggu Najwa kat kedai mamak tu ‘ Najwa membalas mesej aku .
Pelik betul perangai budak ni .Cepat betul berubah cintanya .Ala dia dah nak jumpa aku buat apa nak menolak pulak , pucuk dicita ulam mendatang .
Najwa muncul depan aku dengan senyumannya yang selalu membuat aku berdebar dan boleh buat aku cair macam lilin yang terbakar .
“ Najwa mak minum atau makan ker ? Tanya aku pada Najwa memulakan perbicaraan .Rasa macam pelik pula berjumpa orang yang sama dua kali dalam sehari .
‘ Najwa tak nak makan , rasa dah kenyang tadi ,nanti kita makan kejab lagi okey “ Kata Najwa pada aku .

“ Eh , mana sahabat baik Najwa yang bernama Hamzah tu?” Tanya aku pada Najwa .Aku rasa mungkin berlaku perselisihan faham di antara Hamzah dengan Najwa . Kalau tidak …Takkan mereka dating sekejab sahaja. Najwa menunduk ke bawah melihat lantai. Soalah memendam perasaan bersalah .

“Eh , soalan Mat tanya tadi mengganggu fikiran Najwa ke , kalau macam tu Mat minta maaflah “ Kata aku pada Najwa lagi .
Banyak kebarangkali yang bermain difikiran aku . Mungkin pertemuan Najwa dengan Hamzah tadi adalah pertemuan yang terakhir ataupun dengan bahasa senang mereka sudah clash … Najwa merenung jauh …..Aku cuba mendiamkan diri seketika untuk memberi ruang kepada Najwa memulakan bicaranya…….

Ikutilah episod seterusnya .Adakah berlaku pergaduhan besar diantara Hamzah dengan Najwa sehingga meeka hanya bertemu seketika Cuma tidak seperti pasangan yang berpancaran …..


Nota Penulis : Seperti biasa terima kasih kerana sudi mengikuti episode-episod kisah Mat Dan Najwa ..Sebarang komen dan pandangan amat saya alukan dan anda boleh email kepada saya mahazan@fansuri.com / smahazan@mkinetik.com
Blog karya penulis http://pengembara.fansuri.com/ sedikit bingkisan karya