Monday, December 25, 2006

Episod Dua Puluh Satu


Episod Dua Puluh Satu
Penulis: Fansuri


Tebang gelam tebang kenanga
Batang tumbang menimpa gadung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung …..


Hujan turun rintik-rintik membasahi bumi Kuala Lumpur . Sepasang burung gagak hinggap di atas bangunan Central Market dengan basah kuyup. Kedua-dua gagak tersebut membisu tidak berkata apa-apa, mungkin kesejukkan . Salah seekor gagak mengangguk kepala kepada pasanganya dan kedua-dua gagak tersebut terbang meninggalkan bangunan Cental Market .

” Mat Hujan dah nak berhenti , jomlah kita pergi bazar masjid jamek, Mat kata nak beli kopiah “ Kata Najwa pada aku .

“ Tadi Najwa kata nak beli buah tangan untuk mak dan abah kat The Mall ” Kata aku pada Najwa . Seingat aku Najwa memberitahu aku tadi dia ingin membeli buah tangan untuk kedua ibu bapanya.

“ Tak apa lah , nanti Najwa cari buah tangan kat mak dan abah kat sana juga , Najwa nak beli kat mak tudung ajer dan kat abah baju kemeja . Lagipun kat Bazaar masjid jamek tu pun banyak juga baju dan kain tudung yang cantik” Balas Najwa

Kekadang aku fikir ,aku ni umpama pemain simpanan sahaja dalam hidup Najwa .Tadi kalau Hamzah tidak sakit perut tentu Najwa lama dating dan berjalan-jalan dengan Hamzah.. Tergelak aku aku mendengar Najwa bercerita Hamzah sakit perut sebab tu muka dia merah .Aku mati-mati ingat dia marah dan mahu bergaduh dengan aku tadi. Rupanya tersilap makan . Apapun hari ni memang sudah ketentuan aku bertemu dan dating dengan Najwa lebih lama .

“ Mat cepatlah jalan sikit nanti basah “ Kata Najwa dengan berjalan dengan laju macam, pelumba jalan kali sambil diletakkan beg tanganya di atas kepala kononnya untuk untuk menggantikan payung .

“ Eh awak ni , jangan lah laju sangat , hujan bukan lebat sangat pun nanti awak lari laju-laju jatuh saya suka yang susah “ Kata aku kepada Najwa. Risau juga aku kalau Najwa jatuh .

“ Tak apalah kalau saya jatuh , awak kan ada” Kata Najwa pada aku sambil tersenyum dan aku membalas senyuman Najwa dengan senyuman ringkas . Aku dan Najwa berjalan menuju sebuah kedai pakaian berhampiran dengan bazar masjid jamek .

“ Awak , cantik tak tudung ni , Najwa nak beli kat mak nanti “ Kata Najwa pada aku sambil menunjukkan sehelai tudung bewarna pink .

“ Cantik juga tapi Mat rasa kalau warna pink ni tidak berapa sesuai dengan orang yang berumur” Balas aku .

“ Betul juga kata Mat , warna apa Mat rasa sesuai “ Tanya Najwa pada kau .
“Eh ada ke patut tanya kita , kan mak awak “ Jawab aku sambil bergurau dengan Najwa .
“ Awak ni , nanti Najwa cakap kat mak tudung ni Mat yang pilihkan , Mat juga merasa bangga” Kata Najwa.

“ Ok lah , pada pendapat Mat , Najwa beli sahaja warna putih , lagipun kalau warna putih semua corak dan warna boleh masuk , mesti mak Najwa no komen punya “ Aku memberi pendapat yang agak bernas tapi simple .

‘ Ok lah, Najwa ambil tudung putih ni “ Kata Najwa , sambil meninjukkan tudung yang dekat dengan aku . Aku hanya mengangkat ibu jari tanda isyarat pilihan yang dibuat ni ok dan tepat .

“ Susah juga nak beli tudung ni ya “ Kata aku pada Najwa .
“ Bukan apa Mat , nak membeli tu senang sahaja , hanya bagi duit tetapi untuk memilih yang susah “Kata Najwa pada aku .

Aku memang setuju dengan apa Najwa kata . Hendak membeli memang senang hanya bagi duit sahaja tetapi yang susah hendak memilih supaya pilihan yang kita buat sesuai dengan jiwa kita .

“ Ala nak memilih barang yang murah dan cantik sahaja yang susah , cuba Najwa pergi tempat barang yang mahal semua cantik dan ok , pilih mana-mana mesti tak menyesal sebab semua ok dan cantik .Kualiti jangan ceritalah ‘ Balas aku pada Najwa pula .Tetiba pula pilihan menjadi topik perbualan .

“ Mat , pendapat Mat tu salah tau , baju yang cantik tidak semestinya padan dan sedap dipakai walaupun ianya mahal” Jawab Najwa sambil tersenyum kerana berjaya mematahkan hujah aku .

Najwa mencuba sehelai tudung bewarna ungu . Di belit tudung tersebut ke kepalanya . Susah juga hendak membelit . tudung ni . Fikir aku .

“ Mat , kalau Najwa beli tudung ni cantik tak ? Tanya Najwa pada aku . Ada ke patut tanya soalan macam tu . Apa-apa warna ungu memang aku suka .

“ Eh awak ,memang cantiklah kan tudung tu warna ungu sesuai dengan warna rasmi saya “ Jawab aku ringkas .
“ Nanti gaji bulan depan Najwa nak beli tudung ni “ Kata Najwa .
“Awak ambillah nanti saya bayarkan , kan tadi saya kata nak beli hadih kat Najwa “ Balas aku pula .
“ Eh , tak payah lah Mat , nanti Mat beli hadiah bila harijadi Najwa” Balas Najwa pada aku . Bagi aku tak ada masalah dia tak nak beli tudung tu . Kalau dia beli tadi duit aku juga yang melayang. Najwa berjalan ke kedai bersebelahan dengan kedai tudung tadi .

‘ Mat , Najwa nak pergi kedai depan tu nak beli baju kat abah , Mat nak ikut ker ? “ Tanya Najwa pada aku .

‘ Eh tak pa lah Mat nak cari kupiah sekejap “Balas aku pada Najwa .

Aku membiarkan Najwa keseorangan membeli baju untuk ayahandanya yang tercinta. Aku membeli tiga kupiah baru . Dua untuk aku dan satu lagi utuk sahabat aku yang tercinta Ramli . Bukan apa , aku lihat kupiah Ram tu nampak buruk sangat . Kupiah aku pun sama juga sebenarnya. Warna putih pun dah hampir bertukar kelabu . Kalau mak aku ada tentu dia bebel sebab pakai kupiah yang macam tu . Dahlah benda tu kat atas kepala senang orang nampak . Kalau kupiah yang agak kotor dipakai di kepala nampak sangat pengotor orang tu .Betul juga pendapat mak aku tu .Tentu Ram gembira kupiah biru aku beli kat dia .Budak Ram ni memang gila warna biru. Semua benda kalau boleh nak merah. Pakaian jangan ceritalah . Yang luar dan dalam banyak yang biru .

“ Biru ni lambang ketenangan Mat , aku rasa lebih yakin setiap kali pakai baju warna biru dan jiwa pun akan rasa senang’
Kata Ram pada satu ketika aku bertanya pada dia kenapa biru menjadi idamannya .

Lama juga Najwa memilih baju untuk ayahnya. Perempuan, memang suka sangat kalau shoping . Setakat sejam tu baru permulaan . Kalau boleh semua pasaraya kat Kuala Lumpur nak pusing sebab nak beli baju sehelai . Maklumlah mahu membuat pilihan yang terbaik .Tapi terlalu memilih bahaya juga . Tersilap pilih badan binasa. Selepas Najwa selesai membeli buah tangan untuk mak dan abahnya . sekali lagi aku dan Najwa makan sebelum Najwa bertolak ke kampung halamannya yang tercinta . Aku menghantar Najwa hingga ke atas bas.

“Mat , bas nak bertolak ni , Mat tak nak kirim apa-apa , nanti boleh Najwa tolong belikan “ Kata Najwa pada aku . Terharu pula aku bila menghantar Najwa. Solah-olah aku ingin menghantar Najwa ke tempat yang jauh dan tidak kembali lagi .

“ Tak ada apa . Cuma pesan Mat , Najwa jaga diri baik-baik dan belikan Mat dodol “ Kata aku ringkas . Mahu sahaja aku katakan yang aku sayang pada dia kalau jadi apa-apa kat dia confirm jiwa aku turut merana . Tapi siapalah aku pada Najwa untuk meluahkan perkataan seromantik itu .

“ Ok Mat , janganlah risau , Najwa bukan nak pergi oversea pun , Najwa nak balik kampung , nanti Najwa belikan Mat Dodol kegemaran Mat tu “ Kata Najwa pada aku

“ Najwa , ni hadiah daripada Mat sempena hari lahir Najwa tahun lepas dan tahun ni “ Kata aku pada Najwa sambil memberi sehelai tudung yang bewarna ungu .
“ Eh ni tudung yang Najwa pilih tadi kan , apapun terima kasih banyak Najwa ucapkan pada Mat “ Balas Najwa balik pada aku beserta dengan senyuman manisnya ..

“ Maaflah , hadiah tu Mat tak balut harap Najwa memahami keadaan Mat ni “ Kata aku sambil bergurau dengan Najwa. Najwa hanya membalas senyum sahaja.

Aku turun dari bas . Najwa melambaikan tangan pada aku melalui tingkap cermin bas . Aku turut melambaikan tangan pada Najwa dengan penuh perasaan terharu. Senyuman Najwa terus melekat pada aku . Walaupun bas semakin jauh meninggalkan aku namun wajah Najwa terpotret indah dihatiku …Selamat tinggal sayang .Ucap aku secara tiba-tiba tanpa aku sedari .Kalau Najwa dengar tentu dia kata aku emosional pula . Sayang ,,,siapalah aku untuk menyayangimu Najwa.

Sesampai aku kat rumah . Tiba-tiba aku rumah aku seperti ada oaring di dalam .Lampu pun kelihatan menyala. Ram cakap dengan aku dia nak balik 2 hari lagi . Eh siapa yang masuk rumah aku tu . perompak , pencuri ,,,,,oh tidak..Aku hanya melihat dari jauh ……..

Ikuti episode seterusnya ,,siapakah tetamu yang tidak diundang masuk ke rumah Mat ,,,
Nota penulis: Terima kasih kepada semua pembaca. Pada episode kali ini banyak unsure pilihan menjadi topic . Saya harao serba sedikit dapat menjadi pedoman dalam hidup kita seharian .. wassalam …..