Tuesday, February 13, 2007

Episod Dua Puluh Dua



Episod Dua Puluh Dua

Penulis: Fansuri

Tebang gelam tebang kenanga
Batang tumbang menimpa gadung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung



Detik waktu berlalu begitu pantas . Kekadang kita tidak menyedari dan kekadang kita sedari. Setiap yang berlalu dalam hidup kita akan menjadi sejarah dan kenangan . Yang manis atau pun pahit ia tetap bernilai kerana ianya sebuah kenangan .Mati-mati aku ingat ada pencuri semalam masuk ke rumah aku . Rupa-rupanya Ram . Sebelum balik ke kampung hari tu dia kata nak cuti sampai seminggu, katanya nak cari ketenangan dan yang paling penting dia mahu berbincang dengan keluarganya tentang majlis pertunangan yang akan datang . Tapi dia hanya balik 4 hari sahaja. Dari riak wajahnya aku dapat mengagak Ram mesti dalam masalah .Memang aku kenal sangat sahabat aku yang sama tok mudim ni .Lagipun Ram bukan pandai berlakon . Tambahan pula lakonan yang melibatkan riak wajah .

“Macam mana percutian kau Ram ‘ Aku memulakan bicara

‘Ok saja Mat , tapi entahlah Mat ,ada sesuatu yang membuat aku bimbang dan serba salah ni’ Ram menjawab soalan aku dan cuba memberi gambaran pada aku tentang masalahnya .

“ Apa yang membuat masalahnya?” Tanya aku ringkas pada Ram

“Awek aku la tu , mula-mula memang aku rancang nak kawin dalam bukan 3 akan datang ni selepas dia habis belajar tapi tetiba pula dia nak tangguh pula” Ram menjawab soalan aku dengan muka yang sedih . Kasihan pula tengok kawan aku kesedihan . Kawan aku ni jarang bersedih kerana perempuan .

‘Macam tu rupanya ,tapi itu bukan bermakna dia tak nak bertunang cuma nak tangguhkan sahaja “Kata aku ringkas pada Ram .

‘ Entahlah Mat , kalau fikir logik aku tak sepatutnya sedih , tapi aku terfikir apa salahnya kalau bertunang. Bukan tak boleh sambung belajar pun kalau bertunang dengan aku “ Kata Ram pada aku ,.

“ Memang apa yang kau kata tu betul Ram , tapi zaman sekarang orang zaman tak bertunang lama-lama. Paling lama pun enam bulan dan terus kahwin “ Kata aku sambil memberi penjelasan ringkas pada Ram.

“ Kalau kahwin pun lagi bagus, aku pun tak mahu bertunang lama-lama takut bahaya nanti “ Kata Ram pada aku balik.

Persoalan dan permasalahan ini memang sukar untuk diselesaikan . Kali pertama juga aku lihat Ram lelaki ala playboy yang ramai peminat betul-betul mencintai seorang gadis.

Sudah menjadi satu dasar pemikiran ringkas , pemuda atau pemudi zaman sekarang sukar untuk bertunang walaupun masing-masing sudah mengenali hati budi dan merancang untuk berkahwin . Kekadang alasan tunggu sampai ekonomi dan kehidupan stabil baru nak kahwin atau bertunang , memang susah . Kalau betu-betul nak stabil dari segi ekonomi ,emosi ,bagi lelaki kena tunggu umur 30 tahun lebihlah . Tambahan sekarang pula maskahwin dan hantaran cukup mahal . Banyak juga perhitungan yang aku buat malam ni . Tapi aku tak memikirkan benda yang karut . Hanya masa depan . Masalah yang menimpa Ram mungkin suatu hari nanti akan menimpa aku juga.. Hati hero dah tertawan .Lautan api pun sanggup direnang. Kali ini aku lihat Ram betul-betul jatuh cinta dan ini memang cita sejatinya.

“ Apa yang kau nak risau sangat kalau betul jodoh kau dengan dia bak kata orang gunung di kejar tak kan lari. Lagi pun aku lihat kau dengan dia memang sepadan” Aku cuba memberi sedikit kata-kata semaangat buat sahabat aku.

“ Aku pun setuju apa yang kau kata Mat , kalau aku fikir mendalam sangat nanti lagi teruk. Lagi difikir lagi terfikir benda yang negatif . Aku pasrah sahaja.” Kata Ram pada aku . Sehebat mana lelaki pun kalau betul-betul suka pada seorang gadis memang cair meleleh. Kata aku di dalam hati sebagai kesimpulan kepada masalah Ram .

Bukan main kusyuk aku lihat Ram sembahyang kali ini . Paling aku gembira melihat dia pakai kopiah yang aku hadiahkan padanya . Lepas sembahyang berdoa panjang pula . Mungkin supaya dijodohkan dengan aweknya yang tercinta .Mabuk asmara nampaknya sahabat aku ni. .

“ Kau beli kat mana Mat kopiah ni ?” Tanya Ram pada aku .

“ Kopiah ni aku beli kat Masjid Jamek bersama Najwa”

“Mat ,kekadang aku tak faham perhubungan kau dengan Najwa, betul ker kau dah tak suka kat dia lagi” Tetiba Ram menanyakan soalan itu pada aku .

“Bila pula aku kata tak suka kat Najwa ini .Cuma Najwa yang tak suka kat aku “ Jawab aku sambil ketawa kecil.

“ Sampai bila Mat kau nak menunggu cinta Najwa tu . baik kau jangan layan sangat Najwa tu “ Nasihat Ram pada aku . Memang ada betul juga apa yang dinasihatkan oleh Ram tu .

“ Entahlah Ram . soal hati ni memang susah untuk diselesaikan dan difikirkan secara logik .Persaaan sayang dan cinta aku pada Najwa tak pernah hilang . Cuma aku malas nak layan perasaan tu takut jadi pungguk rindukan bulan .” Jawab aku ringkas . Ram ketawa kecil mendengar jawapan aku . Namun aku tahu dia faham apa yang aku maksudkan .

Sebelum aku tidur . Seperti kebiasaan aku suka menulis diari. Kekadang sahaja , bukan selalu pun aku tulis diari . Seperti hari ini memang perlu aku menulis satu catatan ringkas pertemuanaku dengan Najwa. Setiap kali aku berjumpa dengan Najwa selalunya diari aku penuh tertulis hari itu .Aku mahu saat aku bersama Najwa diabadikan dalam diari aku . Baju Najwa pakai , warna tudung Najwa pakai semua aku tulis . Kekadang aku sendiri pun tergelak dengan perangai aku yang begitu sungguh menyintai Najwa walaupun perasaan itu tidak pernah berbalas . Sayang dan cinta aku pada Najwa hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Bak kata pujangga cinta “Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.” Begitu hebat madah cinta ini . Mungkin madah cinta ini tercipta oleh pujangga yang senasib macam aku yang mana cintanya tidak terbalas. Tidak ketinggalan juga aku menulis nama Hamzah dalam diari aku . Watak lelaki yang selalu mencabar sifat hero aku .Kehadiran Hamzah dalam kehidupan Najwa kekadang membuat aku putus asa untuk terus mengejar cinta Najwa. Hamzah memang lelaki yang hampir sempurna menjadi idaman setiap gadis. Siapalah aku ini untuk bersaing dengan Hamzah .…………………..

Tetiba handset aku berbunyi menandakan ada mesej baru masuk.Eh siapa pula hatar mesej malam-malam buta ini .

“Awak Muhmmad Haikal kan ? saya suka awak , boleh brekenalan ke”

Lagi menimbulkan tanda tanya pada aku .Siapalah gerangan yang mencurah perasaan pada aku malam-malam buta ini “……………………..

Bersambung ………..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Ikutilah episode seterusnya .Siapakah gerangan puteri yang mencurah perasaan pada Mat di tengah malam buta ….komen anda saya hargai email mahazan@fansuri.com