Saturday, July 22, 2006

Episod Ke Tiga Belas


Episod Ke Tiga Belas

Cikgu Iskandar rupanya sudah lama mengenal Najwa . Ini membuat aku rasa lebih tidak selesa. Kedudukan aku semakin tergugak. Persaingan semakin sengit. Namun begitu perjuangan cinta ini mesti diteruskan .

“ Mat sebenarnya apa yang cikgu Iskandar cakap pada Mat tadi adalah tidak betul pun . Dia memang suka pada Najwa, tapi buat masa sekarang Najwa malas nak fikir lagi . Najwa mahu mengejar cita-cita Najwa dahulu baru nak fikir tentang cinta dan fikir fasal pasangan hidup Najwa nanti “ Najwa menjawab soalan aku . Suatu jawapan skema yang selalu di jawab oleh mana-mana perempuan. Entah dia orang belajar daripada mana, Sikit-sikit nak kerjar cita-cita atau kerjaya. Padahal cinta dan pasangan hidup pun penting dalam hidup. Lebih kurang satu level kepentingan cita-cita di dalam kehidupan .

“ Najwa kata buat masa ini Najwa tidak mahu memikirkan tentang pasangan hidup lagi ,kalau dua, tiga tahun lagi cikgu Iskandar datang meminang Najwa macam mana ?
Tanya aku balik . Saja aku tanya untuk mengetahui jawapan daripada Najwa .

“ Mat , kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang jodoh sahaja, Tuhan yang menentukan segalanya. Kalau sudah jodoh Najwa dengan Cikigu Iskadar pun Najwa terima “ Jawab Najwa dengan muka yang serius.

“ Kalau dengan dengan Mat macam mana pula? “ Soalan yang simple aku Tanya dan agak berdebar untuk menanti jawapan .

“ Kalau dengan Mat ke? Segan pula Najwa nak jawab . Mungkin Najwa terima juga kalau sudah jodoh “ Jawab Najwa . Tetapi aku tidak puas hati dengan jawapan Najwa, tiada kesungguhan . Dia kata “mungkin”. Ini yang membuat aku tidak sedap hati ni . Jawapan pada cikgu Iskandar tidak ada pula “ mungkin’ . Tapi kira ok juga jawapan tu . Susahnya hendak buat orang suka kat kita ni ..

“ Mat , saja jer tanya , bukan nak pergi meminang Najwa minggu depan pun , haha” Aku cuba buat ayat cover lelaki macho . Manalah tahu Najwa tidak senang dengan soalan aku tadi .

“ Eh , Mat nak pergi meminang Najwa minggu depan ke, tak lewat sangat ke, apa kata datang meminang Najwa malam ni sahaja , haha .” Memang Najwa macam ni . Suka sangat bergurau . Aku memang suka dia.

“ Jom lah kita pergi minum ais kacang nanti Mat belanja “ Pelawa aku ada Najwa. Dan seperti selalu Najwa jarang menolak. Kami memang rapat macam ni . Tetapi tidak bercinta .


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nurul oh Nurul . Kekadang ada rasa juga rindu akau pada Nurul. Terutama pada senyuman Nurul yang manis mampu mencairkan hati aku. Senyuman Nurul memang manis. Disebabkan Najwa menolak cinta aku membuat aku takut dan risau nak bercinta dan menaruh perasaan lagi. Aku pun tidak tahu mengapa aku menjadi penakut . Mungkin kesan cinta aku pasa Najwa masih belum sembuh parutnya. Kekadang rasa bodoh juga mencintai seseorang lebih-lebih sedangkan orang kita cinta hanya menganggap kita kawan biasa sahaja. Macam perasaan aku , rindu aku pada Najwa. Sekarang aku dengan Najwa semakin rapat pula.. Lagi aku merasa takut . Aura pada Najwa memang kuat untuk membuat aku jatuh cinta. Malas pula aku nak tanya kemana menghilang cikigu Iskandar yang Najwa cinta dahulu atau cinta mereka masih bersemi lagi dan semakin teguh . Tetapi nampak gaya semakin tidak teguh . Suatu peristiwa yang aku tidak dapat lupa semasa aku megajak Najwa keluar pada suatu masa dahulu. Semasa aku cuti belajar matrikulasi. Sanggup dia bagi aku jawapan yang poyo untuk menolak pelawaan aku keluar dengan dia. Masih ingat lagi semasa aku telefon dia .
“ Najwa tak boleh keluar dengan Mat . Najwa mesti menjaga hati bakal tunang Najwa”

Boleh dia bagi jawapan macam tu . Setialah kononya.Tapi mungkin betul juga jawapan dia bagi dan orang yang paling gembira dengan jawapan Najwa pada masa tu semestinya Cikgu Iskandar. Atau mungkin skrip yang Najwa cakap dengan aku sudah ditulis oleh cikgu Iskndar . Kalau aku jadi bakal tunang Najwa pun aku akan cemburu . Lain pula dengan sekarang .Aku nampak Najwa semakin bebas . Hari tu , semasa aku ajak Najwa keluar tak ada pula dia kata bakal tunangnya tak bagi atau lain-lain skrip yang semaksud denganya. Kisah Najwa selama aku berpisah dengannya masih menjadi tanda tanya pada aku . Malas pula nak ambil tahu walaupun sebenarnya nak tahu .

‘ Ram . bangun Ram dah subuh ni “ Aku mengejutkan Ram sembahyang subuh. Memang aku tukang kejut Ram sembahyang subuh. Ram ni memang liat sikit nak bangun tapi kalau dia bangun dia akan solat subuh. Dengan kata lain sembahnyang subuh baginya sembahyang selepas bangun daripada tidur . Kalau dia bangun awal dalam waktu subuh orang tidak akan pelik tetapi yang selalu aku rasa pelik kalau dia bangun pukul 12 tengahhari dia sembanhyang subuh . Sungguh pelik.
Apapun Ram memang kawan serumah yang baik hati dan kira sekepala. Duduk rumah sewa kalau masing-masing nak buat perangai dan ada perangai masing memang susah jadinya. Tambahan lagi kalau yang terlalu social sampai bawa awek ke rumah sewa untuk menambah kemesraan. Satu lagi yang bahaya , dadah atau pil khayal .Kalau ada member serumah yang terlibat dengan benda sebegini semestinya membuat rakan rumah sewa lain tidak senang . Bahaya dan sangat bahaya.

Dulu kami bertiga. Seorang sahabat Ram dan rakan sepejabat Ram. Nama Adi. Tapi jodoh dia awal dan dah kawin . Adi berpindah dari rumah sewa aku dan ke taman sebelah bersama isterinya. Tak sangka pula dalam sikap penyenyap Adi cepat pula berkahwin . Adi ni boleh dikatakan budak skemalah juga. Pendek kata Adi ni pengamal fahaman skema. Dari segi pakaian, rambut dan semuanya . Seoarang guru matematik. Tak tahu pula macam mana dia mengajat pelajar dalam kelas. Yang aku pasti Adi bukan orang jenis cepat marah . Kira kool semacam . Orang kutuk atau puji sentiasa mendapat balasan lontaran senyum Adi yang manis dengan gigi tersusun rapi. Cakap tentang perempuan pun susah nak dengar dari mulut Adin tetiba di kalangan kami bertiga dia yang kawin dulu. Betul kata pendapat ramai , kalau jadi cikgu memang senang nak meminang anak dara orang . Masa depan terjamin. Adi berjaya memikiat Radiah , guru bahasa Arab yang mengajar satu sekolah dengan Adi. Mula-mula aku dengan Ram tak tahu Adi sedang bercinta dengan Radiah , pada suatu hari Ram terjumpa surat di atas meja Adi yang bertulisan jawi. Hebat betul percintaan Adi sehingga mendapat surat yang ditulis dengan tulisan Jawi . Satu keistimewaan dan membuat aku dengan Ram terpaksa respect . Aku, nak dapat surat tulisan rumi pun susah inikan pula tulisan jawi .Maklumlah cikgu Bahsa Arab.

Dua bulan bercinta, 3 bulan bertunang dan terus kahwin . Bukan macam Ram ,bermadah dan bersafah bukan main lagi . Yang pasti dia selalu mendapat masalah disebabkan awek-aweknya.

Rasa malas hendak pergi kerja waktu pagi memang selalu ada. Terutama pagi yang dingin seprti pagi ini yang diiringin dengan hujan rintik-rintik. Suasana sungguh damai. Tapi apakan daya kerja tetap kerja . Petang lepas kerja ada dating pula dengan Nurul . Lama juga tak jumpa Nurul. Entah apa cerita terbaru dia pun aku tak tahu. Dua minggu lepas memang dia sibuk dengan exam. So malas pula nak ganggu dia . Berat kaki aku melangkah namun akhirnya sampai jua aku ke pejabat. Tajudin rakan sepejabat aku tengah makan pagi. Nampak berselera betul dia makan nasi lemak lauk kerang . Setiap suapan dinikmati dengan penuh yakin dan di tambah pula dengan air milo panas. Bau nadi lemak menusuk ke lunang hidung aku membuat aku terasa nak makan nasi lemak….



“ Hai Nurul lama tak jumpa, apa citer sekarang “ Tegur aku pada Nurul dan diikuti dengan seyuman paling menawan .

‘ Eh Mat .tak bestlah hai berhai ni , bagilah salam baru lah romantic” Nurul menjawab teguran aku sambil bergurau
“ok lah assalamualikum cik Nurul” Aku memberi salam pada Nurul
“Waalaikummussalam Abang Kelana Sepi” Nurul menjawab salam aku dan memanggil nama aku dengan Kelana Sepi . Macam mana Nurul tahu nama samaran aku Kelana Sepi. Mungkin suatu masalah besar .Pecahlah rahsia aku yang aku pernah menyukai awek yang bernama Najwa..

“ Oooo abang Mat dan ada awek ya” Nurul tersenyum pada aku . Apakah aku mesti menceritakan kisah aku pada Nurul. Serba salah aku dibuatnya. …

--bersambung----

Friday, July 14, 2006

Episod Ke Duabelas

Episod ke duabelas.

“ Sebenarnya saya dan Najwa sudah merancang untuk bertunang apabila Najwa habis SPM nanti , jadi saya harap awak fahamlah apa maksud saya ” Kata cikgu Iskandar pada aku .

Aku hanya mengangguk sahaja . Malas pula aku nak bercakap banyak dengan cikgu Iskandar yang poyo itu. Aku sendiri pun tidak ada hujah yang kukuh sebab Najwa pun kelihatan seperti berkenan dan sudah jatuh hati pada cikgu Iskandar. Semenjak cikgu Iskandar mengajar ke sekolah aku , perhubungan aku dengan Najwa semakin renggang dan tidak semesra dahulu lagi . Aku memang berkawan baik dengan Najwa. Kami selalu belajar dan megulangi pelajaran bersama selepas waktu sekolah di perpustakaan. Ramai member aku kata , Najwa tu awek aku dan kami pasangan kekasih . Seronok juga bila member aku kata aku begitu . Harap-harap apa yang mereka kata menjadi doa dan termakbul. Kami juga selalu makan ais kacang di kedai Mak Limah sebelah sekolah. Murah sahaja time tu RM 0.30 sahaja. Kekadang aku yang belanja Najwa dan kekadang Najwa yang belanja aku . Tengok keadaanlah.

Cikgi Iskandar memang tergolong lelaki kacak . Dia sebenanya bukan cikgu tetap disekolah aku tetapi hanya cikgu sementara sahaja sebelum mendapat pekerjaan lain . Dia keluar daripada Universiti Malaya dan belajar dalam jurusan kejuruteraan . Semasa disekolah aku dahulu cikgu Iskandar mengajar mata pelajaran Fizik dan matematik tambahan. Ayah cikgu Iskandar pegawai pendidikan daerah . Mungkin sebab itu dia senang untuk mengajar disekolah . Najwa memang salah seorang pelajar yang selalu mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran tersebut. Najwa juga selalu bertemu dengan Cikgu Iskandar untuk bertanya tentang mata pelajaran fizik dan matematik tambahan. Mula-mula aku anggap perhubungan Najwa dengan cikgu Iskandar hanya murid dan cikgu sahaja tetapi rupa-rupanya sudah lebih daripada itu .

“Mat, cikgu Iskandar tu baikkan” Najwa bertanya kepada aku . Memang soalan yang paling aku tidak suka jawab.

‘ Baiklah juga, kalau jahat tak boleh jadi cikgu pula confirm dah masuk penjara jadi banduan atau masuk pusat serenti “ Aku memberi satu jawapan yang bernas kepada Najwa

“ Eh Mat , macam tu pula jawab , maksud Najwa cikgu Iskandar tu baik dengan pelajarnya, tadi Najwa pergi jumpa dia nak bertanya soalan didalam buku tek ,cikgu Iskandar siap buat nota lagi pada Najwa. Kalau Mat nak pinjam bolehlah “ Kata Najwa kepada aku.

“ Em, tak pe lah , Mat rasa Soalan didalam buku tek yang dia beri untuk kerja rumah tu tak lah susah sangat” Jawab aku balik pada Najwa.Memang cikgu Iskandar tu gatal dan memang ada niat nak mengorat Najwa”


“ Najwa suka ker kat cikgu Iskandar tu ?” Tanya aku pada Najwa dengan nada menyindir.

“ Mat , ke situ pula, manalah ada lelaki lain sekacak Mat untuk menjadi penyeri hati Najwa” Balas Najwa balik. Kata-kata Najwa mampu mengubat hatiku yang cemburu kepada cikgu Iskandar. Memang aku cemburu dengan cikgu Iskandar . Kalau ia goda dan suka orang lain aku tidak kisah , asal jangan suka Najwa yang aku sayangi cukup. Aku tidak mahu kehilangan Najwa dan aku tidak mahu Najwa menyukai orang lain selain daripada aku . Najwa , lautan api sanggup ku renangi .

‘ Bukan apa , Mat nampak Najwa semakin rapat dengan cikgu Iskandar “ kata aku pada Najwa,

“ Apa Mat jelous ke , tengok Najwa rapat dengan cikgu Iskandar tu “balas Najwa balik.
“ Siapalah Mat untuk jelouse pada Najwa , Mat ni bukan pak we Najwa pun , hanya kawan biasa sahaja “

“Eleh dah merajuk lah tu . emm tak pe lah nanti Najwa belanja Mat ais kacang okey ‘ Najwa cuba memujuk aku yang nampak macam merajuk sahaja. Memang merajuk pun. Walaupun Najwa bukan awek aku secara rasmi tetapi perasaan aku pada Najwa memang lebih daripada awek. Aku sangat sayang pada Najwa dan kalau boleh aku mahu menjadikan Najwa teman hidup aku sampai ke hujung usia. Aku harap Najwa memahami perasaan aku dan menilai aku lebih daripada kawan biasa .

“ Mat nak tanya satu soalan pada Najwa , Mat harap Najwa dapat menajwab dengan jujur soalan Mat ni “ muka aku kelihatan serius .

‘ Apa dia Mat , nampak serius sahaja, nak tanya Soalan matematik tambahan ke” Najwa dapat mengagak yang aku dalam keadaan serius tetapi boleh pulak dia buat lawak yang aku nak Tanya soalan matematik tambahan.

“ Mat pergi berjumpa dengan cikgu Iskandar tadi . Dia panggil Mat ke biliknya. Dia kata, dia dah merancang untuk bertunang dengan Najwa selepas SPM ,nanti . Betulkan begitu ?” Aku terpaksa juga menanyakan soalan ini pada Najwa untuk mendapat kepastian . Kata-kata cikigu Iskandar tadi bermain difikiranku.

“ Mat jumpa cikgu Iskandar ke ? Dia cakap macam tu “ kata Najwa pada aku
“ Ya dia cakap macam tu pada Mat “ Balas aku balik.

“ Sebenarnya Mat , cikgu Iskandar dengan Najwa memang sudah kenal lama. Kami 2 pupu. Tetapi Najwa tidak rapat sangat , Cuma semenjak dia menjadi cikgu di sekolah ini perhubungan kami semakin rapat. Ayah Najwa pun suka Najwa berkawan dengan cikgu Iskandar tu .” Najwa memberi penjelasan pada aku dengan nada yang sederhana.

“ Jadi memang betul Najwa sukakan cikgu Iskandar tu “ Tanya aku balik pada Najwa . Aku memandang tepat pada muka Najwa . Najwa menunduk seoalah-olah meyembunyikan sesuatu .

“ Mat sebenarnya apa yang cikgu Iskandar cakap pada Mat tadi adalah ……………….


-----bersambung ---------






Saturday, July 08, 2006

Episod Ke sebelas

Episod ke sebelas..

Tak sangka pula sebenarnya dalam diam aku ada menaruh perasaan kepada Nurul. Segan pula aku nak bertanya pada dia tentang perasaannya pada aku. Buat masa sekarang baik aku hanya bertepuk sebelah tanngan sahaja. Tak berbunyi pun aku tidak kisah .

‘’ Confirm Nurul rindu kat Mat ni “
‘ Eh macam mana Mat tahu ni , esok kalau Mat ada masa boleh kita jumpa. Lagi pun esok Nurul tak ada kelas.

“ Ok , Mat boleh sahaja kalau Nurul punya fasal haha , set kita jumpa esok kul 5.30 tempat biasa “

Dulu selalu Nurul panggil aku abang Mat .Seronok dan bangga juga ada awek cun macam Nurul panggil aku abang . Bukan senang nak suruh awek yang cun macam Nurul panggil aku abang . Tapi aku suruh panggil Mat sahaja. Aku rasa tidak selesa pula orang panggil aku abang. Nampak aku macam bosar bonar pula. Umur Nurul 20 tahun aku 24 tahun. Kira tidak jauh beza sangat , so panggil Mat pun memadai. Nurul sebenarnya kerja sambilan sahaja dikedai buku itu. Nurul masih pelajar di Universiti Putra Malaysia , mengambil kursus cikgu kauseling . Kalau tengok muka dan perwatakkan Nurul memang sesuai menjadi cikgu kauseling . Senyuman dia pun mampu membuat orang menjadi tenang terutamanya orang macam aku. Paling aku suka tengok time Nurul layan adiknya, memang ada bakat kaunselor , terselah sifat sabarnya melayan karenah adiknya yang agak nakal. Kalau adik dia tidak pergi ke sekolah atau cuti ,dia selalu bawa adiknya ke kedai buku . Adik Nurul pun dah kenal aku .

Lawak pula aku bermimpi malam tadi . Mungkin sebab badan aku terlampau penat. Tergelak Ram apabila aku bercerita tentang mimpi aku , Najwa meluahkan perasaan cintanya pada aku . Paling menarik dalam mimpi aku Hamzah nak pergi meminang Najwa. Nasib baik aku tidak call Nurul menanyakkan persasaanya pada aku time bangun tidur tadi . Aku terjaga dari tidur apabila terdengar panggilan telefon daripada Nurul ajak aku berjumpa esok . Seronok juga kalau mimpi aku menjadi kenyataan . Boleh aku kawin dengan Najwa gadis yang selalu mencipta rasa rindu. Ram pun mendoakan semoga mimpi aku yang best tu menjadi kenyataan . Dia pun nak tengok aku bersanding dengan Najwa . Ram memang kawan baik aku daripada sekolah lagi . Kami satu kampung dan satu sekolah . Cuma masuk universiti lain-lain sahaja. Ram pun tahu aku suka pada Najwa daripada sekolah menengah lagi.

Mimpi memang indah tetapi untuk menjadi suatu mimpi menjadi kenyataan bukannya senang . Walaupun aku hanya bermimpi Najwa meluahkan perasaan cinta kepada aku , namun sudah mampu aku membuat aku tersenyum dan tersengih tidak menentu bila terkenangkan balik mimpi itu tadi . mungkin aku selalu mengharap peristiwa yang aku mimpikan tadi terjadi di dalam hidup aku sehingga terbawa di dalam mimpi aku . Kalau Najwa tahu aku bermimpi sedemikian rupa confirm dia kata aku perasan dan mungkin dia juga tergelak. Apapun aku berhak mencipta mimpi aku sebdiri dalam hidup ini. Pernah juga aku terfikir , mungkin aku suka dan cinta pada Najwa pada waktu sekolah dahulu sebagai cinta monyet atau cimpazi sahaja yang akan hilang perasaan itu apabila aku dewasa dan agak matang. Tetapi sebenarnya tida begitu . Perasaan cinta dan sayang aku pada Najwa memang sentiasa ada dan tidak pernah hilang. Aku sendiri pun terasa pelik mengapa aku menyukainya tetapi bak kata pepatah orang putih ‘ jangan bertanya mengapa kamu menyintai kekasihmu kerana perasaan cinta itu adalah naluri “ Dalam juga makna pepatah ini . Tetapi secara ringkasnya perasaan cinta itu memang naluri semula jadi.

Sedih juga aku mengenangkan peristiwa cinta aku tidak terbalas disebabkan Najwa mencintai cikgu Iskandar . Pernah pada suatu hari cikgu Iskandar memangggil aku ke biliknya untuk berjumpa dengan aku . Mula-mula aku ingat cikgu Iskandar panggil aku untuk berbincang hal yang berkaitan dengan pembelajaran .

‘ Haikal , saya nak cakap Sesuatu hal peibadi dengan awak ni ‘ kata cikgu Iskandar pada aku “ Mukanya kelihatan serius
“ Apa dia cikgu “ Tanya aku balik pada cikgu Iskandar

“ Sebenarnya saya dan Najwa ……………….”

…………Bersambung ……………………….














Wednesday, July 05, 2006

Episod Ke sepuluh

Episod ke sepuluh

“ Sebenarnya apa Mat . Najwa serius ni , benda ni bukan boleh main-main. Memang Hamzah kawan baik Najwa tetapi perasaan cinta padanya tidak pernah wujud” Muka Najwa kelihatan begitu serius untuk menerangkan isi hatinya. Mukanya juga kelelihatan semakin merah.

Susahnya bila dah jadi macam ni . James Bond pun boleh kalut kalau dalam keadaan macam ni . Tetiba Najwa meluahkan perasaan kepada aku dengan serius . Kalau aku tolak cintanya kali ni takut melepas pula , kalau aku terima takut……???? emm apa yang aku takut.. aku sendiri tidak berapa pasti . Mungkin perasaan aku ingin berkawan dengannya lebih hebat daripada untuk dibuat kekasih . Aku mesti membuat keputusan dengan yakin , betul serta tepat.

“ Sebenarnya Mat pun sayangkan Najwa , malahan lebih daripada Najwa sayangkan Mat“ Jawab aku dengan nada yang macho . Ayat ni pun aku cilok dari cerita Hindustan . Kira bergunanya juga ayat-ayat yang aku hafal dalam filem tu . Dulu aku tak pernah terfikir nak guna ayat-ayat dalam filem Hindustan ni tetapi atas nasihat Ram aku cuba menghafalnya . Mngikut kajian Ram, ayat-ayat di dalam cerita Hindustan mempunyai kelebihan tersendiri .

Apabila aku menngungkapkan kata sayang pada Najwa , Wajah Najwa kelihatan semakin ceria .

“ Tapi Najwa , perasaan sayang Mat pada Najwa buat masa sekarang hanya sekadar kawan biasa . Semenjak hari tu Mat tidak berniat dan bercita-cita lagi untuk menjadi kekasih Najwa “ Aku cuba memberi penjelasan pada Najwa . Aku rasa ayat yang aku guna adalah ayat terbaik dan aku berharap semoga Najwa dapat menerimanya, rasa macam jual mahal pula.

“ Najwa faham perasaan Mat . Najwa juga minta maaf di atas kisah lama kita dulu . Mat kena faham , masa tu Najwa masih mentah , masih belum mengenal erti cinta sejati. Maafkan Najwa sekali lagi kerana menolak cinta Mat” Najwa meminta maaf kepada aku .

Aku memandang tepat pada muka Najwa. Semakin manis pula mukanya dalam keadaan sedih . Betul ker, Najwa masih mentah ketika bercinta dengan cikgu Iskandar. Setahu aku budak perempuan memang cepat matang. Malas pula aku nak ingat cerita lama. Bagi aku Najwa yang dulu telah lama hilang dari hidup aku . Najwa memang cinta pertama aku tetapi tidak semestinya cinta terakhir aku .

“ Mat tidak dapat memberi keputusan lagi pada Najwa pada hari ni , berikan Mat beberapa hari lagi untuk berfikir ,

“Najwa pun fahamkan keadaan Mat “ balas Najwa

Sebenarnya kalau ikutkan hati aku , mahu sahaja aku menerima Najwa . Siapa tak nak ada awek cute macam Najwa ni . Tetapi sebenarnya masih banyak perkara yang aku perlu fikir untuk menerima Najwa . Bukan senang untuk aku menerima cinta kali ini . Banyak perkara perlu dipetimbangkan .. Bercinta untuk umur orang macam aku bukan boleh bercinta ala cinta monyet lagi . Kali ini bercinta dan mencari calon isteri . Biar orang yang kita cinta layak , sepadan dan sekupu untuk dijadikan isteri .

Najwa memang aku suka. Aku cinta dan orang yang mampu buat aku rindu . Tetapi kalau di bandingkan keluarga Najwa dengan keluarga aku , agak jauh jurangnya.

“ Najwa , janganlah buat muka sedih macam tu nanti Mat pun sedih juga tau “ aku cuba bergurau dengan Najwa . Sian pula aku tengok Najwa.
“ Najwa memang sedih pun . Najwa tidak mahu kehilangan Mat dalam hidup Najwa” Balas Najwa balik.

Bangga aku mendengar ayat sebegitu ikhlas daripada Najwa . gadis yang berjaya menawan hatiku dan merupakan cinta pertama aku . Tetapi macam biasalah sebagai hero tidak boleh menunjuk sangat perasaan excited tu . Control macho katakan.

‘ Apapun nanti Mat call Najwa malam ni . Harap Najwa bersabar menunggu keputusan daripada Mat “ Kata aku kepada Najwa.

“ Em Najwa akan sabar dan tabah menerima keputusan daripada Mat “


Ditelan mati bapa diluah mati mak. Susahnya apabila dalam keadaan begini. Dilema. Persoalan Najwa membuat aku menjadi serba salah. Bagaimana dengan Nurul pula. ???
Ohh tidak , aku tidak boleh meninggalkan Nurul kerana semenjak dua menjak hati aku mula terpikat dengan Nurul . Terpikat dengan keikhlasan dia berkawan dengan aku. Tetapi Nurul tidak pernah pula meluahkan perasaan hatinya pada aku . Aku pun sama tidak pernah meluahkan perasaan hati aku pada Nurul . Mungkin aku dengan Nurul sama-sama memendam perasaan . Nurul atau Najwa . Nurul ,Najwa , Nurul , Najwa. Nurul , Najwa ………. Nama Nurul dan Najwa aku sebut beberapa kali sambil memikirkan siapa yang sepatutnya aku pilih . Aku mesti call Nurul untuk bertanyakan perasaan hatinya kepada aku sebelum aku memberi jawapan kepada Najwa.
Sebelum aku mendail nombol Nurul tetiba telefon bimbit aku berbunyi dan nama Nurul terpapar pada skrin telefon bimbit aku .
“ Helo Mat , Nurul ni”
“ Em Mat baru sahaja Nak call Nurul “
‘ Ala Mat selalu jawab macam tu kalau Nurul call mat ‘

Tetiba aku tersenyum seorang diri . Nasib baik aku tidak call Najwa memberi jawapan yang diperlukannya. Dan nasib baik juga aku tidak bertanyakan perasaan Nurul kepada aku. Sebenarnya aku tidak perlu memilih sesiapa pun dalam hidup aku . Aku tersenyum seorang diri lagi …………………….. bersambung---