Thursday, June 29, 2006

Episod Ke Sembilan

Episod Ke sembilan.
Penulis: Fansuri


Aku menjadi serba salah dan kebingunan setelah mendegar luahan hati Najwa .
“ Najwa memang sayang Mat , Najwa kalau boleh tak mahu bertunang dengan Hamzah “ Najwa memberi penjelasan pada aku .

Aku pun tidak sangka Hamzah membawa rombongan merisik ke rumah Najwa . Mengikut cerita Najwa mak dan abahnya bukan main setuju lagi untuk menerima pinangan Hamzah . Siapa tak berkenan dengan Hamzah . Tak boleh salahkan mak dan ayah Najwa juga , Hamzah memang calon yang sesuai dengan Najwa. Rupa memang ada , kereta BMW , anak orang kaya , tak pernah masuk pusat serenti ,berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa . Memang calon yang sukar ditolak kalau meminang anak orang . Kalau aku jadi ayah Najwa pun aku setuju sahaja . Tak meneyesal punya .

“ Habis tu kenapa Najwa menangis bila mendapat berita segembira ini . Sepatutnya Najwa bersyukur, banyak gadis-gadis yang cute Najwa menjadi pilihan Hamzah “ Aku cuba memberi penjelasan yang tidak berapa jelas kepada Najwa .

“ Memang gembira kepada fizikalnya . tetapi dalamanya hanya Najwa yang tahu “ Kini giliran Najwa memberi penjelasan pada aku . Aku pun tidak berapa faham apa makna fizikal dan dalaman tu . Bahasa tinggi nampaknya Najwa guna. Mungkin ada makna yang tersirat dan perlu pentafsiran . tetapi aku cuma mengangguk sahaja .

‘ Mat faham tak apa Najwa cakap ini , Najwa serius ni “Najwa menanyakan aku tentang penjelasanya.. Dapat pula Najwa meneka yang aku tak faham apa yang dia cakap.

“ Mat faham tetapi tidak berapa jelas . Okey Najwa tarik nafas dulu dan cerita pada Mat perlahan-lahan dan dengan tenang “ Aku memberi cadangan pada Najwa. Cara Najwa memberi penjelasan pada aku terlalu serius . Takut otak aku nak proses data yang serius ini .

“ Begini mat , sebenarnya Najwa dah ada pilihan hati Najwa dan Najwa sanggup sehidup semati dengan calon pilihan Najwa tu . Mak dan abah ingat Najwa suka pada Hamzah , sebab mereka nampak hubungan Najwa dengan Hamzah rapat .”

Penjelasan yang diberi oleh Najwa pada kali ini membuat kepala aku semakin bingung dan pening . Siapa pula hero Najwa ni . Setahu aku Najwa dengan Hamzah sekarang bukan main rapat lagi . Atau cinta Najwa dengan cikgu Iskandar masih subur hingga sekarang . Logik juga sebab Najwa tolak cinta aku dulu pun sebab dia cintakan cikgu Iskandar . Tapi tu kisah lama . Kisah semasa zaman sekolah lagi .

“ Apa yang boleh Mat tolong Najwa ?’ Aku bertanya ringkas pada Najwa . Malas pula aku nak bertanya pada Najwa siapa heronya yang terbaru yang sanggup Najwa sehidup semati dengannya. Ayat Najwa macam dialog filem hindustan sahaja. Nak gelak juga aku dengar ayat tu tetapi memandangkan Najwa memberi penjelasan dengan serius maka terpaksa aku ambil serius dengan apa yang di jelaskan oleh Najwa .

‘ Mat sebenarnya , Najwa memang sayangkan Mat . Najwa nak sehidup semati dengan Mat sebagai pasangan yang sah “ TerseNtak aku mendengar penjelasan Najwa yang begitu jujur dan serius . Bila pula Najwa mula mencintai aku ni . Setahu aku , tak sampai tujuh kali aku dating denganya . Aku mesti menjawab pertanyaan Najwa dengan tenang dan rasional .

“ Mat , sangupkah Mat menerima cinta Najwa kali ni, Najwa sanggup menerima Mat seadanya.” Najwa bertanya pada aku sekali lagi . Matanya memandang tepat pada mata aku . Teringat pula semasa aku meluahkan rasa cinta aku pada Najwa suatu masa dahulu . Najwa menolak cinta aku kerana cintanya cikgu Iskandar .

‘ Mat tidak sanggup , Mat sudah menaruh hati pada seseoarang , maafkan Mat Najwa” Aku menjawab soalan Najwa dengan tenang dan rasional .

“ Mat betulkan sudah tiada cinta Mat buat Najwa .” Najwa bertanya pada aku seolah-olah ingin memujuk aku

‘ Sebenarnya Najwa . Mat …………………”



-- Bersambung ---

Episod ke Lapan

Episod Ke lapan
Penulis: Fansuri


Rasa macam tidak percaya sahaja mendapat mesej daripada Najwa macam tu . Bukan apa , Najwa memang suka bergurau . Tapi mengapa pula dia nak jumpa aku segera pula. Kalau rindu atau sayang pada aku esok pun boleh jumpa . Aku tidak kemana pun. Aku bukan kerja outstation balik dua tiga bulan sekali . Esok atau lusa dia boleh jumpa aku lepas time kerja. Nampak gayanya ,mesej yang aku terima tadi bukan gurauan . Itula kesimpulan yang aku buat setelah membaca mesej Najwa yang ringkas itu beberapa kali . Baru sahaja aku nak berehat tetiba pula mendapat mesej macam ni . Kalau mesej daripada orang lain aku buat tak tahu sahaja ataupun anggap aku tidak membaca mesej itu . Tetapi mesej daripada Najwa apakandaya. Perasaan sayang dan cinta aku padanya masih subur dan kian subur semenjak dua menjak ini .

“ Betul ke Najwa nak jumpa Mat ni . Mat akan datang secepat mungkin , Tunggu kat kedai Mamak dekat stesen LRT putra Dang Wangi . Aku membalas mesej kepada Najwa. Hajat hati aku nak telefon sahaja pada Najwa ,tetapi memandangkan kredit telefon tidak mencukupi . jadi terpaksalah aku mesej sahaja . Dalam kepala aku pelbagai anggapan telah aku buat . Aku terus naik motor dan pergi ke kedai mamak tempat aku berjanji dengan Najwa. Najwa tidak sampai lagi. Aku menjadi semakin gelisah. Nak duduk pun tak senang.

“ Bagi saya teh ais satu “ Aku membuat pesanan pada mamak yang mengambil order . Tak sedap juga duduk kedai mamak meja kosong tanpa minuman atau makanan. Kedai mamak ni memang tempat aku lepak malam-malam sambil tengok televisyen kalau aku makan kat luar terutama makan malam . Teh tarik kat kedai mamak ni pun memang best .

‘ Eh mana Najwa ni , tadi bukan main lagi nak jumpa aku . Kalau boleh nak suruh aku terbang datang jumpa dia. Tapi dia pula yang lewat .” Desis hati aku .Memang tak seronok tunggu lama-lama ni . Kalau setakat menunggu sahaja tidak apa tapi aku menuggu dengan seribu persoalan di kepala aku . Aku semakin gelisah dan gelisah . Aku membaca mesej yang di hantar oleh Najwa tadi untuk memastikan aku tidak silap. Najwa pun telah membalas mesej aku hantar tadi dan bersetuju untuk berjumpa aku di kedai mamak ini .

Setelah hampir satu jam aku menunggu Njawa di kedai mamak itu barulah aku nampak Najwa datang dengan kereta kancil bewarna merah . Aku lihat muka Najwa kemerahan dan matanya seperi baru lepas menangis .

‘ Ni mesti ada masalah ‘ bisik hatiku . Tadi memang aku rasa nak marah sangat kerana membuat aku menunggu lama tetapi selepas melihat wajah Najwa yang tidak ceria dan seperti baru lepas menangis membuat aku kasihan pula dengan Najwa . Aku mesti menunjukkan muka tenang aku.

“ Najwa minta maaf kerana buat Mat menunggu “ Najwa memulakan perbualan dengan meminta maaf kerana kelewatanya .

‘ Bukan lama sangat pun Mat tunggu Najwa baru kejap sahaja “ Aku cuba menunjukkan gaya tenang dan gaya lelaki macho yang tak berapa ensem .

“ Najwa ada perkara penting yang nak dibincangkan dengan mat ni “ kata Najwa pada aku .
“ Apa dia Najwa , Mat sedia membantu Najwa semampu mungkin” Jawab aku ringkas .

Aku mempelawa Najwa minum teh ais dulu sebelum memulkan perbualan seterusnya. Dan Najwa memulakan ceritanya…

Bersambung –

Saturday, June 17, 2006

Episod ke tujuh

Episod Ke tujuh
Penulis: Fansuri


“ Encik, tadi encik lupa nak ambil wang baki, ni saya bawa baki sebanyak Rm 50.90 “ Kata Nurul pada aku . Macam mana aku boleh terlupa nak ambil wang baki tadi . Nurul menghulurkan duit tu pada aku . Mungkin dia ikut aku daripada tadi lagi sampai surau lelaki . Aku nak cepat tadi sebab lupa nak solat zohor .

“ Eh , terlupa pula saya nak ambil baki tadi , maklumlah duit banyak sangat” Jawab aku pada Nurul sambul bergurau .
“ Kalau saya tahu macam tu saya tak bagi kat Encik ‘ Jawab Nurul balik
“ Awak dah habis kerja ke duk tunggu saya kat sini, nanti orang nak beli buku bayar kat siapa ?”

“ Saya dah habis kerja, orang lain pula ganti sekarang “ Jawab Nurul .

‘ Oh macam tu ceritanya , awak ada nak pegi mana-mana ke lepas ni , kalau tak pergi mana-mana boleh saya belanja awak dengan duit baki yang awak bagi ni “ Aku cuba nak belanja Nurul .Boleh aku berborak dan berkenalan dengan Nurul ni .
“ Kenapa senyap ni ? atau nak minta izin mak dulu ni ? “

“ Ok lah, saya sudi dibelanja oleh awak “ Jawab Nurul dengan separuh senyum . Walaupun separuh senyum namun senyuman dia sungguh menawan . Cantik umpama bulan purnama penuh 14 haribulan .

Lama juga sesi perkenalan sambil makan aku dengan Nurul . Lebih kurang 2 jam juga. Betul kata pepatah orang tua tak kenal maka tak cinta . Nurul bukan budak sombong yang seperti aku sangka dan tak pandai bercakap selain “ Terima kasih Encik sila datang lagi “
Rupa-rupanya Nurul boleh bercakap banyak lagi perkataan . Boleh dikatogeri peramah jugalah . Paling aku suka Nurul bila dia panggil aku abang. Maklumlah umur aku lebih tua daripada dia . part time sahaja . Kali pertama aku jadi hero dalam hidup Nurul dengan membaiki komputer ribanya yang rosak .Bukan rosak banyak sangat hanya terkena serangan virus sahaja . Apalagi ,terpaksalah dia belanja aku .

“ Awal kau balik Mat hari ni tak pergi dating dengan Nurul ker” Tegur Ram sesampai sahaja aku balik rumah
“ Nurul ada hal sikit , aku pun letih sikit hari ni kerja banyak kat ofis tadi, hari ni kira nak berehat sikit” Jawab aku pada Ram . Sebenarnya elok juga Nurul cancel nak jumpa aku hari ni . Boleh aku berehat .

“ Mat aku tengok kau dengan Nurul bukan main lagi , ? Ram cuba mencungkil rahsia yang bukan rahsia.

“ Eh apa yang pelik hubungan aku dengan Nurulnya..aku hanya kawan biasa dengan dia “ Jawab aku .

“ Rugi Mat kalau kau kawan biasa sahaja dengan Nurul tu . Kalu aku confirm dah buat awek . Aku pun tak tahu apa yang kurang dengan budak tu kalau nak di bandingkan dengan Najwa lawa Nurul lagi aku rasa. Buat apa kau kejar Najwa tu .” Ram nampak nak memulakan ceramah dan nak berfalsampah .

“ Em tak pe lah esok aku pergi meminang Nurul harap kau hadir samalah . haha” Jawab aku ringkas dan masuk kebilik kerana badan aku terasa letih sangat . Nak tidur mata aku tak lena. So baik aku baring sambil membaca buku.

Betul juga apa yang Ram kata. Buat apa aku kejar Najwa sedangkan aku sendiri pun sudah tahu Najwa hanya anggap aku kawan biasa sahaja . Susah betul nak faham perasaan ni walaupun perasaan sendiri . Nak faham perasaan orang lain lagi susah. Mungkin disebabkan kerana cinta. Bak kata orang keikhlasan bercinta tidak mengharapkan apa-apa dan hanya mahu melihat orang yang dicinta bahagia. Ayat ni pun aku dapat daripada Ram . Tetiba handset aku berbunyi menandakan ada mesej baru yang masuk

“ Najwa sayang Mat ,. Najwa nak jumpa Mat sekarang juga . Ada hal penting nak dibincangkan …”

Eh betul ker Najwa ni kirim mesej kat aku ni . Nak kata dia tersalah kirim mesej ada nama aku. Setahu aku Mat hanya aku sahaja kawan Najwa . Apapan aku mesti call Najwa untuk mendapat kepastian . Mungkin benih cinta yang aku tanam selama ni mula bercambah …. Najwa mengapa lambat sangat kau meluakan perasaanmu kepadaku..

-----bersambung---


Episod keenam

Episod Ke enam
Penulis: Fansuri


Najwa memang gadis cantik dan manis. Selain daripada itu , apa yang membuat aku menyukainya perangai Najwa yang selalu suka bergurau . Tetapi kekadang dia bergurau sehingga aku tidak tahu dia bergurau . Mungkin ini salah satu daripada gurauannya yang tidak mungkin aku lupakan . Sampai sahaja aku di rumah pagi itu , aku mendapat mesej daripada Najwa.

“ Sori bebanyak awak ,kita tak kawin lagi , hehehe
Kita bergurau ajer dengan awak , Jagan ambil serius okess”

Boleh pula dia bergurau benda macam ni . Aku memang percaya 98% tadi dia sudah berkahwin . Siapa tidak percaya sudah memang layak dia berkahwin lagipun sekarang dia sudah mempunyai jawatan yang tetap sebagai setiausaha di sebuah syarikat yang besar . Mungkin gajinya mencecah 2 ribu lebih . Aku agak-agak sahaja . Apa lagi gembira sakan mendapat tahu dia tidak berkahwin lagi . Semenjak hari tu rancak pula aku berSMS dengan Najwa . Tetapi tidak pula aku tanya dia dah ada pakwe ker belum ??? Ala setakat pak we apa benda sangat tak ada apa-apa ikatan . Keranamu Najwa di mulut buaya akan ku rampas lagi .

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seperti biasa hari Rabu aku akan pergi ke kedai buku di KLCC untuk membaca buku atau pun membeli buku-buku yang aku suka . Hobi aku memang suka membaca daripada kecil lagi . Tak kisahlah bahan bacaan jenis apa , aku baca sahaja . Teringat pula pesan cikgu Halimah guru yang mengajar Bahasa Melayu semasa di tingkatan lima dahulu Sebenarnya tidak salah kalau kita mengetahui ilmu yang bukan daripada bidang kita . Lebih kurang macam tu lah bunyinya pesan cikgu Halimah . Dulu aku tidak memilih sangat membaca buku, asalkan benda yang ada kertas dan ada tulisan dan boleh aku baca . Aku baca sahaja . Tapi kalau ada tulisan yang aku tidak dapat baca . Terpaksa tengok gambar ajerlah. Teringat pula zaman mengorat Najwa dulu memang tempat dating aku dengan Najwa selalunya kedai buku dekat dengan sekolah . Tauke kedai tu kita orang panggil Ah Wang . Seronok dapat baca buku kat kedai buku ini . Lebih seronok lagi kalau diberi warning oleh tauke kedai buku . Kekadang kelihatan juga muka Najwa yang kebosanan menunggu aku kat kedai buku . Maklumlah bebudak bercinta biasanya pergi ke taman bunga atau pun KFC. Mungkin Najwa aanggap aku tidak romantic seperti yang di sangka membuatkan dia meniggalkan aku . Ini mungkin menjadi salah satu factor aku ditinggalkan oleh Najwa . Silap aku juga pada time tu jarang membaca buku berkenaan petua-petua memikat hati gadis ni . Asyik duk baca novel sastera dan komik sahaja . Kalau baca novel remaja pun dah kira okey . Tetapi sekarang aku dah mula berjinak-jinak membaca buku tentang memikat hati gadis ni . Bukan apa untuk masa depan .

Betul ke Najwa tak berkahwin lagi . Seingat aku dulu bukan main serius hubungan Najwa dengan cikgu Iskandar tu. Rasanya dah lama perhubungan mereka ni . Tak berkawin logik juga . Najwa ada ijazah dalam bidang perniagaan mesti dia nak merasa alam pekerjaan dahulu sebelum berkahwin . Banyaknya analisis aku pada Najwa ini . Tetapi mengikut analisis aku Najwa hanya menganggap aku kawan biasa sahaja dan aku yang lebih-lebih pula . Bagaimana dengan Hamzah pula ? pening dan pusing kepala aku memikirkan Najwa. Sebenarnya tidak hairan ramai yang sukakan Najwa . Budak tu memang manis dan perangai pun okey . Mengikut analisis aku lagi selepas dating kali pertama hari tu , walaupun cara pemakaian Najwa telah berubah namun perangainya tetap sama macam dulu . Masih ada lagi unsur-unsur gadis desa .

Mana budak Nurul ni . Daripada tadi lagi aku tunggu dia tak sampai-sampai juga . Sepatutnya dia dah datang kerja ni “. Petang ni dia janji dengan aku nak tengok wayang cerita Hindustan ni . Kalau dia lambat masuk kerja confirm kena lambat balik . Tergendalalah rancangan aku nak menonton wayang Hindustan yang terbaru bertajuk Fanaa lakonan Kajoi dan juga Amir khan ni . Tetiba handset aku berbunyi menandakan ada msej baru masuk .

‘ Awak sori ,kita ada hal mustahak hari ni. So nanti kita dating lain kali “

Aku dah agak mesti Nurul ada masalah, kalau tidak budak tu mesti on time kalau berjanji atau datang kerja . Perangai dia yang menghargai masa memang membuat aku terpaksa respect kat budak Nurul ni . Aku pun tak tahu nak pergi mana hari ni. Nak tengok wayang serang diri macam tak seronok pula. Nanti aku nak buat perbincangan dengan siapa pula filem yang aku tengok tu .

Sekarang hanya Nurul lah kawan yang selalu menemani aku . Budak Nurul memang cute dan cantik . Tapi kalau kita orang berjalan berdua-duaan macam pinang di belah dua juga lah. Tu kata aku sendiri . Komen orang lain aku tak pernah dengar lagi . Kalau mengikut gred kecantikan aku . Nurul ni boleh tergolong dalam gred A. Muka mirip Eja pelakon yang aku suka dan selalu berlakon dengan Rosham Nor . Tinggi Nurul pun boleh tahan juga . Nak sama tinggi dengan aku Cuma tinggi aku sedikit sahaja. Perkenalan aku dengan Nurul pun sebab aku selalu membaca buku kat kedai buku tempat dia bekerja . Kira menarik jugalah jika di kenangkan saat perkenalan aku dengan Nurul . Memang aku selalu usha Nurul dari rak-rak buku tetapi just usha sahaja tak ada niat pun aku nak berkawan dengan dia. Ada sekali . masa aku usha dia, tetiba dia usha aku balik . Malu juga sebab dia perasan aku usha dia . Apapun macam pesan Ram kat aku hero mesti kool walaupun dalam apa jua keadaan . Kerja Nurul sebagai juru wang . Tetapi dulu bukan main sombong lagi Nurul dengan aku . Setiap kali aku nak bayar buku yang aku beli tak pernah balas pun senyuman yang aku lemparkan .Tetapi memandangkan wajahnya yang manis walaupun dia tak senyum mukanya tetap cun dan cute yang tu membuat aku gembira time nak bayar buku . Pernah juga aku Tanya dia nama apa time aku nak bayar buku tapi dia hanya jawab .
‘ Encik nak beli buku apa lagi ? terima kasih , sila datang lagi ‘
Macam tu ajer dia jawab. Confuse aku nak kata dia sombong atau tidak kalau sombong confirm dia tak suruh aku datang lagi . Ayat tu ajer dia tiap-tiap kali aku bayar buku . Apapun dengan ayat ringkas dan skema itu pun cukup buat aku tersenyum seorang diri. Tidak terbayang pun aku nak berkawan dengan Nurul rapat macam sekarang . Cerita aku nak berkenalan dengan Nurul dengan terjadinya satu peristiwa …


---- Bersambung ---

Friday, June 16, 2006

Episod Kelima

Episod Kelima
Penulis: Fansuri


Pertemuan aku dengan Najwa setelah sekian lama tidak berjumpa semacam adengan cerita Hindustan sahaja. Hari tu semasa aku balik kampung . Aku terpaksa naik bas tambahan di Kota bharu kerana bas biasa telah habis. Masa itu lah aku berjumpa dengan Najwa . Macam tak percaya sahaja. Gembira pun ada. Kelam kabut pun ada dan semestinya perasaan tidak menentu . Najwa memang cantik seperti dulu dan bertambah cute . Berdebar kencang jantung aku bila terpandang Najwa . Bertambah cute Najwa kelihatan dengan memakai skirt merah dan baju putih dan bertudung merah. Memang Najwa sudah banyak berubah . Aku hanya sempat mengenal seorang Najwa yang selalu memakai baju kurung dan tudung agak labuh. Sekarang dia sudah pandai berfesyen.

“Awak Mohamad Haikal kan ? “ Tegur Najwa dengan wajah yang terkejut
“ Saya lah sapa lagi , awak tegur saya macam lama sangat tak jumpa ‘ Jawab aku selamba. Walaupun selamba tapi jantung aku masa tu memang berdegup kencang daripada biasa.

“ Saya rasa sudah 4 tahun saya tak jumpa awak. Lama tau empat tahun tu “ Jawab Najwa.
“ Saya dengar cerita awak dah berkahwin , mana suaminya “ Aku bergurau dengan Najwa sambil meneka mana tahu betul tekaan aku dia sudah bersuami .

“ Suami saya kerja out station So tak sempatlah dia hantar saya malam ni “ Jawab Najwa dengan muka yakin.
Aku senyap seketika tak sangka pula Najwa sudah berkawin. Kalau berkawin pun logik juga umur sudah masuk 24 tahun memang masa sesuai untuk perempuan berkahwin .

‘ Awak naik bas mana ? Tanya kau pada Najwa untuk mengalih topic perbualan .
“ Saya naik bas nombor 21. awak pulak ‘ Tanya Najwa balik pada aku
‘ Samalah , boleh kita duduk kerusi sebelah, bas tambahan tak ada nombor tempat duduk siapa cepat dia dapat “ Jawab aku dan memberi cadangan pada Najwa untuk duduk sebelah dia ..

“ No hal , saya tak kisah, awek awak tak marah ker saya duduk sebelah awak ?” balas Najwa

“ Awek saya duduk Kuala Lumpur , manalah dia nampak haha “ Jawab aku balik

Lama juga aku berborak dengan Najwa . Aku tidur kejap ajer dalam bas kerana duk layan cerita Najwa . Habis Najwa buat imbasan zaman sekolah dulu . Seronok juga bercerita zaman sekolah . Tapi kami kita bercakap pun hal peribadi . Entah kenapa pun aku tak tahu . Bukan apa, Najwa sudah berkawin rasa tak seronok pula aku nak bercakap hal peribadi dengan Najwa. Paling buat aku bahagia Najwa tertidur atas bahu aku. Tersenyum aku seorang diri . Aku pun tak sedar dia tidur atas bahu aku sesampai di perhentian Putra Kuala Lumpur. Terkejut aku tengok dia tidur atas aku.

Selepas pertemuan aku malam tersebut aku selalu mesej dia dan kami selalu chat sms. Sehinggalah aku mengajak dia dating .Terkejut juga aku mendapat sms malam tu yang suami Najwa sudah tiada .

Thursday, June 15, 2006

Episod Empat

Episod Empat

“ Helo, Mat ada apa call Najwa ni takkan dah rindu kot baru tadi jumpa “ Jawab Najwa. Perkataan rindu yang keluar dari mulut Najwa sememangnya membuat jantung aku berdebar walaupun aku tahu Najwa Cuma bergurau.

“ Saja jer call Najwa, tak elok rindu awek orang. Emm Najwa dah makan belum ni. Mesti seronok makan tom yam tu , kita hanya makan roti kosong kat kedai mamak ajer “ Jawab aku .
“ Najwa tak jadi nak pergi makan kat kedai tom yam tu. Rasa tak seronok pula nak pergi sebab Mat tak ikut tadi . Tak pe lah Najwa pun makan roti juga malam ni . Bila Mat nak belaja Najwa ni ? Tanya Najwa pada aku .

“ Betul ker Najwa tak pergi makan tadi . Ala sianya Najwa kalau macam tu Mat belanja Najwa petang tadi . Tapi apakan daya mungkin tak ada rezeki Najwa haha. Nanti dapat bayaran projek Najwa tu Mat belanjalah Najwa “ Jawab aku dengan nada agak lega kerana Najwa tidak keluar dengan Hamzah tu .

“ Mat nak ucapkan terima kasih kerana sudi bagi kepercayaan pada Mat untuk buat design tu “ Aku mengucapkan terima kasih pada Najwa walaupun tadi aku sudah mengucapkan terima kasih .

‘ Em sama-samalah , terima kasih sahaja tidak cukup tau yang penting kena belanja Najwa hahaha “ Najwa ni memang pandai berseloroh .

“ Okeylah kita belanja awak . Selamat malam Najwa Mat dah nak tidur ni .”
“ Okey selamat malam Mat “ Najwa menjawab ringkas

Lega rasa selepas mendapat tahu Najwa tidak keluar makan dengan Hamzah . Entahlah semenjak aku dating dengan Najwa tempoh hari perasaan sayang aku kat Najwa kembali subur macam dulu-dulu pula. Aku sepatutnya control perasaan aku pada Najwa , sebab aura Najwa tu boleh buat aku tidak menentu . Aku sendiripun masih keliru dengan perasaan aku sekarang . Adakah aku ingat pada Najwa sebagai kawan atau sebagai orang yang aku cinta . Kekadang buat aku malas berfikir sangat perkara macam ni . Sebabnya, selalu jawapan yang aku dapat buntu . Setahu aku Najwa dah ada pakwe .

“Mat apa cerita kau hari Mat nampak hepi ajer , jumpa cewek lagi ke” Tegur Ram yang baru balik dari kerja.

“ Jumpa Najwa tadi bincang pasa projek. Bertiga , dia bawa member dia sorang ‘ Jawab aku
” Perempuan macam tu lah Mat , mula-mula jumpa bertiga sebab nak cover lepas tu baru berdua . Cara perempuan bercinta perlahan-lahan tak macam lelaki kurang sabar” Ram memberi pendapatnya pada aku .

“ Apa kau Ram , aku jumpa dia bincang pasal projeklah bukan dating pergi tengok wayang ker, tapi betul juga kata kau , sebab kau nampak tak gelojohlah sampai ada awek 3 orang haha’”

“Kalau lelaki nampak gentleman confirm perempuan suka Mat , kau dengarlah cakap aku ni . Kalau kau betul-betul nak tackle Najwa ni aku boleh bagi kau petua “ Bukan main bersungguh Ram kalau cakap bab cintan cantun ni tapi kalau ada masalah aku juga yang kena jadi kaunselor dia . Dan aku juga yang kena bagi petua kat dia macam mana nak tenangkan jiwa.

Najwa, Najwa . Memang mnegeluh jiwa aku bila terkenangkan Najwa ni . Seorang gadis yang mempunyai aura yang kuat dan mampu membuat aku menyintainya dan menyayanginya pada suatu masa dahulu . Sebenarnya sudah lama aku tak contack Najwa. Bukan aku tak ada nombor telefon dia tetapi semenjak aku tahu dia sudah ada pakwe rasa malas pula aku nak jadi busy body hal dia . Aku pun tak tahu apa kisah terbarunya selepas hampir 4 tahun aku tak contact dia . Namun begitu aku memang selalu ingat dan rindu kat dia . Itulah masalah yang aku tak dapat elak . Tapi sebagai hero selain dari kena pandai control macho , hero juga mesti pandai control perasaan . Lagipun semenjak aku berkawan dengan Nurul membuat aku secara perkahan-perlahan dapat melupakan Najwa .

Rasa nak gelak pula bila terkenang kali pertama aku dating dengan Najwa selepas hampir 3 tahun tidak berjumpa pada suatu hari …………….

Episod Tiga

Episod tiga
Penulis: Fansuri


Najwa bersama lelaki yang aku tidak dikenali itu semakin menghampiri aku. Memang boleh tahan ensem juga lah lelaki tu . Gaya macam James Bond ajer .Kalau mereka berpakwe makwe pun orang tak kan kutuk .Memang padan mereka berdua. Berjalan seiringan tapi tak berpegang tangan lah.. Time tu rasa macam nak belah ajer dan cancel dating hari ni . Kalau dah bawa pak we tak kan aku nak ajak Najwa tengok wayang . Tak best pulak nanti . Tapi kalu cancel rasa tak macho dan tak tenang macam James Bond pula. Apapun sebagai hero aku mesti berhadapan dengan situasi ini . Jangan mengalah . Aku pun ensem juga kalau pakai macam lelaki tu .

‘ Assalamualaikum Mohammad Haikal , dah lama tunggu ker ?” Najwa menegur aku .
Bila sahaja dengan suara Najwa kemarahan yang sehebat gunung berapi nak meleup tadi umpama api dicurah air terus padam .

“ Tak lama sangat baru 15 minit ajer ‘ Aku membalas ringkas dan mata aku memadang kepada jejaka yang dibawa oleh Najwa .

“Op lupa nak perkenalkan pada Mat . Ni Hamzah kawan sepejabat Najwa. “ Najwa memperkenalkan mamak yang dia bawa. Aku menghulurkan tangan dan bersalam dengan Hamzah . Sambil bersalam sempat juga aku memberi sedikit senyuman kepada Hamzah .Dia pun membalas separuh senyuman kat aku.

“ Apa citer Najwa nak jumpa Mat ni . Ada urusan penting ker?” Aku memulakan perbualan. Lelaki kat sebelah Najwa tu duk sengih ajer .Ingat macho sangat lah macam tu .Kutuk aku pada lelaki yang Najwa bawa. Tapi dalam hati aje lah . Kalau dia dengar aku kutuk confirm kena penumbuk muka aku hari ni .

“ Macam ni Mat , syarikat Najwa bekerja akan megadakan satu pameran . So Najaw nak minta Mat design poster untuk pameran tersebut . No hal ni bukan kerja free bayaran akan kita bincangkan selepas ni” Aku hanya meangangguk .

“ Hamzah ni pegawai pemasaran di tempat Najwa bekerja . Dia akan berbincang dengan Mat contain yang perlu ada pada poster tersebut .’ Sambung Najwa dengan ringkas

Aku mengangguk sekali lagi. Kali ni senyum aku banyak sket dripada tadi pada Hamzah .Lega sket aku dengar bahawa Hamzah ni rakan sepejabatnya. Tapi tak mustahil rakan sepejabat boleh jadi awek pakwe sepejabat . Tapi semasa Najwa perkenalkan Hamzah pada aku tidak pula diceritakan bahawa Hamzah ni pak we dia . Lebih kurang 2 sejam aku dengan Hamzah berbincang tentang contain dan bentuk design yang aku akan hasilkan. Peramah juga hamzah orangnya. Banyak hamzah menerima buah fikiran aku tentang bentuk design yang dihasilkan . Kami minum bersama di foodcourt di KLCC. Mahu sahaja aku bertanya hubungan Najwa dengan Hamzah ni .Bukan main mesra lagi Hamzah dengan Najwa. …Najwa pun sama mesra nampak dengan Hamzah ni .Belum habis Hamzah buat lawak dia dah gelak . Rasa tak senang aku melihat Najwa semesra itu dengan Hamzah . Selepas berbincang mengenai projek yang akan Najwa bagi pada aku terus aku meminta izin dengan Najwa untuk balik dengan alas an sudah berjanji dengan Ram untuk dinner bersama .

“ Eh betul ker Mat nak balik ni . Tak nak dinner dengan kita orang ker. Najwa dengan Hamzah nak dinner kat restoren tom yam yang paling best kat ampang ni” Najwa mengajak aku dinner bersama sebelum aku mengundur diri.

“ Maaf bebanyaklah Cik Najwa , saya dah janji dengan housemate saya nak dinner bersama , lain kali okey lah “ Jawab aku sambil berseloroh memangggil Najwa dengan nama Cik Najwa .

‘Kalau begitu taka pa lah Encik Haikal kita jumpa lain kali k “Jawab Najwa ringkas.

Aku pun meninggalkan Najwa selepas mengucapkan terima kasih kepada aku kerana memberi kepercayaan untuk membuat poster untuk syariktanya . Dalam kepala bukan main tension terkenang gelagak Najwa yang mesra dengan Hamzah . Apa hubungan mereka aku pun tak tahu . Nampak gaya bukan macam kawan biasa. Mengikut pentafsiran aku gaya perhubungan mereka sudah luar biasa . Tetiba aku rasa jelous apa cerita ni . Mungkin masih ada rasa sayang aku pada Najwa . Kisah lama berulang kembali.


Sesampai dirumah rasa letih pula. Dan yang penting rasa lapar perut aku . Tadi masa Najwa ajak makan bersama bukan main control macho kata nak makan dengan housemate . Aku nak makan dengan Ram . Jangan haraplah dia ada masa . Ram biasanya dah ada jadual makan malam dengan awek-aweknya. Maklumlah awek tiga orang mesti bahagi kasih seadilnya. Selepas mandi dan solat Isyak aku pergi ke kedai mamak dekat rumah sewa aku. Nak makan nasi tak ada selera. Aku hanya makan roti canai sahaja . Mungkin mod makan aku berkurang sebab jumpa dengan Najwa . Mesti Najwa dengan Hamzah tengah berseronok dan menikmati Tom Yam . Mungkin juga Najwa bergumbira dan ketawa kegirangan makan malam bersama Hamzah tu . Mungkin juga Najwa dan Hamzah makan bersuap. Oh tidak . Aku tidak akan merelakan perkara sedemikian terjadi.
Mestikah aku menelefon Najwa untuk mendapat kepastian apa yang mereka buat sekarang . Tetapi buat apa aku lebih-lebih pula , secara logiknya Najwa bukan awek aku dan aku bukan pakwe Najwa. Nanti dia kata aku busy body pulak . Susahnya bermain perasan macam ni . Confirm tidur aku tidak lena selagi aku tidak menelefon Najwa ni .
Aku mesti telefon Najwa. Aku mesti .

“ Helo …” Em lambatnya Najwa jawab panggilan aku ni .

--bersambung--

Tuesday, June 13, 2006

Episod Dua

Episod kedua
Penulis: Fansuri



Najwa nak jumpa aku macam tak percaya pula. Tak kan dia dah suka kat aku baru sekali dating . Tidak mungkin dia jatuh cinta dengan aku . Lagipun kali pertama aku ajak dia dating aku tak meluahkan perasaan kat dia . Keluar makan, tengok wayang jalan-jalan macam tu ajer . Tak lebih daripada kawan biasa sahaja. Memang aku dengan dia kawan biasa sahaja. Lagipun time aku jumpa Najwa hari tu , dia memang bertambah cute dan cun melecun. Pakaian berfresyen up to date. Maklumlah aku jumpa dia pun masa kat sekolah menengah dulu pas tu time habis belajar . Asyik duk pakai baju kurung sahaja. Make up jauh sekali . Masa sudah berubah . Dia jumpa aku pun macam tu juga . Zaman budak berhingus lagi . Rambut bukan main skema . Sikat tepi lagi . Sekarang ada gaya rangga sket hero dalam Ada apa dengan cinta tu . Aku ni sebenarnya lebih-lebih pula berangan padahal tak tahu lagi apa tjuan sebenar dia nak jumap aku .Banyak lagi alas an yang boleh menyebabkan dia nak jumpa aku selain aku juga cute dan ensem hehe .

“ Mat handsome semacam kau datang ofis hari ni apa citer ni , nak jumpa cewek ker?” Tegur Tajudin rakan seofis aku .

‘ Eh tak adalah aku memang macam ni Din , kita ni penampilan perlu di tekankan hehe” Jawab aku dengan gaya selamba.

“ Ala mat macam aku tak kenal ko ni . Dah setahun aku jadi ofismate kau ni. Biasa pakai tidaklah sehensem hari ni . Apapaun moga kau bahagia Mat . “ Jawab Tahudin dan terus berlalu dari meja aku .

Rasa tak sabar pula nak tunggu waktu pejabat habis ni . Sesaat macam seminit , seminit macam sejam , sejam macam 5 jama. Penantian memang satu penyeksaan . Harap-harap Najwa tak cancel untuk bertemu aku hari ni . Baukan main bersungguh aku pakai baju lawa ni . Kemeja warna biru denagn seluar jeanbiru dan jaket biru . Memang nampak lain lah daripada hari biasa aku pakai baju t shirt sahaja. Mungkin sebab itu lah tajudin perasan .

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang .Tetina sahaja aku tersenyum lebar.
‘ Hai geng , gua blah dulu , anak menangis kat rumah tu” Lepas salam dengan member satu ofis terus aku keluar daripada pejabat . Memang time habis kerja pukul 5 . Tetapi biasanya aku balik pukul 5.30 atau pukul 6.00 petang . Rasa tak seronok kalau balik kerja yang perlu di buat hari ni terpaksa kena sambung esok.
Tetiba telefon aku berbunyi . Ni confirm Najwa ni .
“ Hai Mat , ni Najwa ni . Mat nak jumpa Najwa kat mana ni “ Tanya Najwa pada aku . Padahal dia nak jumpa aku ada ke patut dia kata aku nak jumpa dia . Apapaun hero mesti cool .
“ Kan Najwa kata kat KLCC, kat mana lagi “ Balas aku ringkas
“ Najwa tahulah kat KLCC, tapi kan Mat KLCC tu besar . Betul tak Mat yang ensem “ Najwa menjawab sambil memperli aku kot,.
‘ Emm betul juga Najwa yang cute , ok lah Mat tunggu Najwa kat Kinokuniya, tahu tak kat mana tu ? Tanya aku pada Najwa.

“ Ala oaring tahu lah kat mana tu . Kedai buku kan . Mat ni tak pernag berubah dari dulu sampai sekarang tak pernah serik ker baca buku . Okey lah kita jumpa kat sana . Bye Mat “ Najwa pun meletakkan telefon . Tak sangka Najwa masih ingat lagi hobi aku suka membaca buku Mungkin dia simpan lagi kot resume yang aku hantar kat dia masa aku nak megorat dia semasa sekolah menengah dulu . Zaman yang paling seronok untuk aku kenang .

Mana budak Najewa ni . 15 minit aku menunggu tak sampai lagi ni .Aku memang tidak suka menunggu . Kalau tunggu orang lain aku dah belah ni . Tapi Najwa punya fasal sanggup ku tunggu .

Tetiba dari jauh aku nampak Najwa yang memakai baju warna ungu dan skrit ungu .Memang ayu walaupun di tengok dari kejauhan . Tapi siapa pulak yang berjalan dengannya . Seingat aku tak ada pula pekerja KLCC yang pakai sehenhem mamak yang berjalan sebelah Najwa tu . Siapakah itu . Adakah pak we Najwa .Oooo tidak aku tidak sanggup dimadukan . Ahh apa aku mengarut ni . Aku mesti berfikiran positif. Hero mesti macho walau adalam apa jua keadaan. Hero mesti kool . Macam James Bond . Kool semacam sahaja .Aku mesti jadi James Bond .

Tensionnya kau bukan main ceria lagi mereka berdua . Harap-harap bukan pakwe Najwa lah …


Siapakah lelaki yang berjalan sebelah Najwa itu .Tunggulah sambunganya .Hehehe
AKU dan KiSAHku …
----Bersambung----

Episod Pertama

Episod pertama
Penulis: Fansuri


Aku dan kisahku…

Cinta itu memang indah. Bukan indah sahaja asyik, menarik ,best, cantik dan macam-macam rasa perasaan lagi dapat dirasa kalau orang dah bercinta. Masa dulu-dulu dengar cerita member sahaja bercerita kisah cinta mereka. Aku tumpang dengar sahaja. Maklumlah time tu tak ada awek lagi. Nak mencelah perbualan mereka pun aku tak tahu. Silap mencelah takut digelak oleh member pulak. Maklumlah aku tak ada ilmu sangat bab cinta dan cintun time tu . Kira tumpang dengar cerita kekawan sahajalah kalau bab-bab cinta ini . Lebih panjang lagi member aku bercerita kalau baru balik lepas dating . Kekadang malas nak layan member rumah sewa aku ni. Ramli. Orang panggil dia Ram. Kalau kat kampong orang panggil dia Meli sahaja. Tetiba sahaja bertukar nama Ram dari Meli kat kampung . Aku dengan Ram ini satu kampung . Kira member baik kat kampung . Berkhatan pun satu group lagi yang dianjurkan oleh ketua kampung . Aku tak menangis tapi dia menangis hehe. Sesampai kat Kuala Lumpur menjadi satu kebiasaan Meli kalau bersalam nak memperkenalkan dirinya dia akan cakap namanya Ram . Gelak sakan aku bila dia suruh orang panggil dia Ram . Teringat pula komponen computer RAM (read aces memory ) . Apapun Meli memang best friend aku . Banyak menolong aku. Masalah Meli member aku ni banyak awek sangat dan selalu ada masalah dengan aweknya. Itu tidak menjadi masalah aku tetapi yang menjadi masalah aku bila aku terpaksa menjadi kaunselor yang tak bertauliah dan terpaksa mendengar segala masalah cinta yang Meli alami. Mujurlah juga aku terambil subjek pilihan semasa belajar kat universiti dulu subjek Bimbingan dan kauseling . Dapat juga menjadi kaunselor Meli.. Ramlah Ram . Teringat pula kat kakak yang popular tu tersohor dengan lagu Kau Kunci hatiku di dalam hatimu . Lebih kurang macam tu lah kisah Meli dengan awek-awek dia dan memang Meli selalu terkunci di dalam hati awek-awek dia hehe .

Aku tetap macam dulu lah . Tetap suruh orang panggil aku Mat . Kat kampung panggil Mat kat Kuala Lumpur pun panggil Mat juga . Nama penuh aku Mohammad Haikal. Ada juga member aku panggil aku Haikal tetapi aku lebih seronok member panggil aku Mat . Ringkas dan padat. Meli dengan kisah awek-awek dia yang tak pernah berakhir. Kalau tidak silap aku sekarang Meli sudah mempuyai 3 orang awek yang setia dan selalu memberi Meli masalah yang berbeza. Aku sekarang baru nak jatuh cinta . Tetapi rasa tak jatuh lagi sebab aku ni cerewet sikit. Apapun kira dah nak jatuh la ni. Tak lah ramai macam Meli tu. Aku ada berkenan dengan awek satu sekolah dulu . Bahagianya hidup ini terasa walaupun hanya kali pertama dating dengan dia . Mula-mula aku tak percaya dia nak keluar dating dengan aku. Mula-mula acu cuba try test ajer sms dia. Nampak layan ok sahaja sms aku . Seronok juga duk chat ngan sms. Terfikir juga budak ni tak ada pak we ke ???? Malas pula aku nak Tanya dia. Nanti dia kata apa pula . Busy body . Baru kenal dah nak Tanya hal periBody .

“ Mat tadi Najwa call ko , aku cakap ko mandi. Dia suruh kau mesej dia bila kau siap mandi”

Najwa . Dengar nama dia pun jantung aku sudah berdebar-debar ni . Apa cerita pula call aku malam-malam ni . Takkan nak ajak aku dating lagi kot. Bahagia aku kalau dia ajak aku dating lagi ni Habis duit hero pun tak apa asal hero bahagia. Mustahil dia nak ajak aku dating lagi….



“Hai awak . Napa call kita tadi nak ajak dating lagi ker.Heheh”
Aku tulis mesej nak hantar kat Najwa . Tapi tak boleh nak hantar pula. Apa crita ni rosak ke enset aku ni?? . Takkan rosak pula baru beli ni .Siap ada kamera lagi . Em patutlah tak ada keredit . Harapkan kemara sahaja cantik nak hantar mesej pun tak boleh. Tetpi Najwa punya fasal aku sanggup pergi beli prepaid kedai dekat rumah sewa aku .Najwa aku akan hantar SMS padamu .Usahlah kau risau . Nasib baik ada kedai dekat rumah aku jual prepaid.

"Akum Mat . Najwa ni” Najwa menelefon aku selepas mendapat mesej daripada aku
Sunguh merdu suara Najwa bagi aku . Dengar suara dia pun aku dah jadi tak menentu . Kalau dengan suara Najwa macam ni menyayi lagu macam Siti Nurhaliza confirm aku orang pertama akan membeli albumnya .

“ Waalaikummussalam . Kenapa Najwa call Mat ni . Rindu kat kita ker” Sahaja aku berseloroh manalah tahu dia betul rindu kat aku .

“ Mat memang Najwa rindu . Sebab rindulah Najwa nak jumpa Mat esok ni “


Eh biar betul budak Najwa ni . Rasanya aku tak ada apa-apa lagi dengan dia ni .Aku dengan Najwa baru kawan biasa tapi mesra . Takkan dia dah jatuh cinta dengan aku . Baru sekali dating dah jatuh cinta ker . Kalu mengikut petua Ram kena dating 7 kali dulu baru boleh meluakan perasaan cinta. Oh tidakkkkkkkkk…Aku mesti control ni .

“ Hehe ,,Najwa betul ker nak jumpa Mat ni Ada urusan apa ni? , Mat kalu Najwa ajak anytime ajer” Hero mesti jawab dengan macho

“ Emm seriuslah, kita nak jumpa awak betul ni, esok kita jumpa kat KLCC pukul 6 lepas waktu kerja okey “ Balas Najwa

“ Mat okey sahaja , tujuan apa ni Najwa ajak Mat ni”

“ Kan kita dah cakap sebab rindu awak lah ,,hehe,,apapun nanti kita jumpa esok okey . Jangan lupa esok . Bye” Najwa terus meletakan telefon .

Berdebar pula jantung aku ni . Apa cerita dia nak jumpa aku ni . Betul ker dia rindu aku ni . OOO MUSTAHIL . Mungkin gurauan Cuma dari seorang gadis manis. Esok masih ada ..